SEMINAR PERDANA-JGN LEPASKAN PELUANG INI!

Salam,
Bagi pihak Public Gold, saya ingin menjemput anda semua untuk menghadiri ke seminar perdana seperti perkara di bawah:-

Tajuk               : Dinar & Emas sebagai Pelindung Kewangan
Tarikh              :4 Disember 2010
Waktu             : 10pagi – 5petang
Tempat           : Dewan Melawati,
               Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya,
               Jalan SS6/1, Kelana Jaya
               47301 PETALING JAYA, SELANGOR
Penceramah
    klik untuk zoom
    Harga   RM60.00 (termasuk sarapan pagi, makan tengahari & cenderahati)

    Kami berharap agar anda dapat meluangkan masa dan merasa bangga dengan kehadiran anda nanti. Untuk pendaftaran, sila hubungi admin ditalian 0192238096 dan juga ejen Bijak Emas yang lain.

    Cara-cara untuk mendaftar:-
    1. Telefon/SMS/emel maklumat anda : Nama penuh, Tel No, No IC, Emel dan jumlah peserta.
    2. Masukkan jumlah bayaran ke dalam akaun Bijak Emas - KLIK SINI
    3. SMS/Emel jumlah dan waktu bayaran ke admin@bijakemas.com
    4. Jangan lupa menghadiri seminar tersebut. Sila tandakan tarikh Sabtu, 4 Disember 2010. Ambil tiket anda daripada admin pada hari tersebut.
    5. [BONUS! KEPADA YANG DATANG DENGAN 5 ORANG PESERTA, ANDA LAYAK MENDAPAT 1 TIKET PERCUMA]
    JUMPA DI SANA!!!

    Kenapa anda perlu menghadiri seminar ini:-
    1. Penceramah yang terkenal dan hebat akan bersama anda berkongsi ilmu, cerita dan pengalaman mereka. 
    2. Meluaskan lagi rangkaian anda dengan bertemu dengan ramai rakan-rakan baru. 
    3. Peluang terbaik untuk menghadiri perkongsian ilmu terbaik daripada penceramah terbaik.
    4. Peluang bertemu dengan ramai "Taukeh Emas" dan mentor-mentor emas seperti Bijak Emas, Pokli, Ahmad Azman, Admin Geng916 dan lain-lain lagi.

    Order Tertinggi!

    klik untuk zoom

    Perghh!!! Tengok tempahan kat atas tuh....menusuk kalbu. Tu la bila orang dah tahu kelebihan menyimpan emas dan perak, tak perlu lagi kita susah-susah beri tekanan suruh orang beli. Mereka akan sendirinya tahu...bila call dah tak tanya pasal emas lagi dah, trus habaq brapa ketui nak.

    Setakat bulan ni, tempahan di atas adalah yang terTINGGI admin dapat. Btoi2 hari terakhir bulan November..mana tau malam nanti ada yang lagi tinggi....alhamdulillah.

    Admin ingin mengucapkan tahniah kepada pembeli kerana telah berjaya menjadikan emas dan perak fizikal sebagai salah satu aset anda. Sudah tentu ia akan menjadi penyimpan nilai yang terbaik!!!

    Yang masih ragu-ragu, hubungi kami. Segalanya akan kami ceritakan. Dapatkan emas dan perak anda daripada kami ejen-ejen Bijak Emas.

    adios!!!




    Master Dealer Pertama Bijak Emas

    Ustaz Othman Hamzah (A1005)
    M: +60192903165
    E: syeikhulmaqari@yahoo.com.my
    W: http://emas-amsyiq.blogspot.com
    Area Shah Alam

    Kami ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Ustaz Othman Hamzah kerana telah berjaya melayakkan diri menjadi master dealer Public Gold. Beliau adalah MD pertama daripada rangkaian Bijak Emas.

    Seorang yang tinggi ilmu dan berpengaruh. Kejayaan ustaz harus dikongsi bersama. Perjuangan ustaz iaitu emas menjana kekuatan ekonomi umat Islam telah membuka mata dan minda ramai orang. Semoga lebih ramai umat Islam menyedari hakikat ini.

    Akhir kata, kepada yang belum memilik emas, dapatkan daripada ejen-ejen Bijak Emas kerana anda bukan saja mendapat emas tetapi ilmu dan kepuasan dari perkhidmatan kami.


    adios!



    Salam Aidil Adha 1431H

    Kami di Bijak Emas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431H.
    Semoga raya ini menguatkan diri kita serta keluarga untuk beribadat kepada Allah SWT.
    Bagi yang menjalankan ibadah korban semoga ibadat kita diterima Allah SWT.
    Yang mengerjakan haji di Tanah Suci, semoga kembali dengan haji yang mabrur.

    gambar dari http://ruhulamri.blogspot.com
    Admin Bijak Emas
    -simpan dahulu, senang kemudian-

    Factbox: Gold milestones on the road to record high

    (Reuters) - Gold powered to another record above $1,398 an ounce on Monday after a decision by the U.S. Federal Reserve to resume buying government bonds stoked inflation fears.
    Here are key dates in gold's trading history since the early 1970s:

    * August 1971 - U.S. President Richard Nixon takes the dollar off the gold standard, which had been in place with minor modifications since the 1944 Bretton Woods agreement fixed the conversion rate for one troy ounce of gold at $35.

    * August 1972 - The United States devalues the dollar to $38 per ounce of gold.

    * March 1973 - Most major countries adopt floating exchange rate system.

    * May 1973 - U.S. devalues dollar to $42.22 per ounce.

    * January 1980 - Gold hits record high at $850 per ounce. High inflation because of strong oil prices, Soviet intervention in Afghanistan and the impact of the Iranian revolution prompt investors to move into the metal.

    * August 1999 - Gold falls to a low at $251.70 on worries about central banks reducing reserves of gold bullion and mining companies selling gold in forward markets to protect against falling prices.

    * October 1999 - Gold reaches a two-year high at $338 after agreement to limit gold sales by 15 European central banks. Market sentiment toward gold begins to turn more positive.

    * February 2003 - Gold reaches a 4- year high on safe-haven buying in the run-up to the invasion of Iraq.

    * December 2003-January 2004 - Gold breaks above $400, reaching levels last traded in 1988. Investors increasingly buy gold as risk insurance for portfolios.

    * November 2005 - Spot gold breaches $500 for the first time since December 1987, when spot hit $502.97.

    * April 11, 2006 - Gold prices surpass $600, the highest point since December 1980, with funds and investors pouring money into commodities on a weak dollar, firm oil prices and geopolitical worries.

    * May 12, 2006 - Gold prices peak at $730 an ounce with funds and investors pouring money into commodities on a weak dollar, firm oil prices and political tensions over Iran's nuclear ambitions.

    * June 14, 2006 - Gold falls 26 percent to $543 from its 26-year peak after investors and speculators sell out of commodity positions.

    * November 7, 2007 - Spot gold hits a 28-year high of $845.40 an ounce.

    * January 2, 2008 - Spot gold breaks above $850.

    * March 13, 2008 - Benchmark gold contract trades over $1,000 for the first time in U.S. futures market.

    * March 17, 2008 - Spot gold hits an all-time high of $1,030.80 an ounce. U.S. gold futures touch record peak of
    $1,033.90.

    * September 17, 2008 - Spot gold rises by nearly $90 an ounce, a record one-day gain, as investors seek safety amid turmoil on the equity markets.

    * Jan-March 2009 - Gold-backed exchange-traded funds report record inflows in the first quarter as financial sector insecurity spurs safe-haven buying. Holdings of the largest, the SPDR Gold Trust, rise 45 percent to 1,127.44 tons.

    * February 20, 2009 - Gold rises back above $1,000 an ounce to a peak of $1,005.40 as investors buy bullion as a safe store of value as major economies face recession and equity markets tumble.

    * April 24, 2009 - China announces it has raised its gold reserves by three-quarters since 2003 and now holds 1,054 tons of the precious metal, boosting expectations it may add further to its reserves.

    * August 7, 2009 - European central banks opt to renew their earlier agreement to limit gold sales over a five-year period, setting the sales cap at 400 tons a year.

    * September 8, 2009 - Gold breaks back through $1,000 an ounce for the first time since February 2009 on dollar weakness and concerns over the sustainability of the economic recovery.

    * December 1, 2009 - Gold climbs above $1,200 an ounce for the first time as the dollar drops.

    * December 3, 2009 - Gold hits record high at $1,226.10 an ounce, with dollar weakness and expectations for central banks to diversify reserves into gold driving prices higher.

    * May 11, 2010 - Gold reaches fresh record high above $1,230 an ounce as fears over the contagion of debt issues in the euro zone fuel safe-haven buying.

    * June 21, 2010 - Gold jumps to a new high at $1,264.90 an ounce as underlying fears over financial market stability and sovereign risk combine with dollar weakness to push the metal through resistance at its previous high.

    * Sept 14, 2010 - Gold climbs back to record highs, this time at $1,274.75, as global markets reflect renewed uncertainty on the economic outlook.

    * Sept 16-22, 2010 - Gold hits record highs for five successive sessions, peaking at $1,296.10, as investors flock to bullion after the Fed signaled it might consider further quantitative easing, weakening the dollar and raising fears over future inflation.

    * Sept 27, 2010 - Spot gold prices touch the $1,300 an ounce mark for the first time.

    * Oct 7, 2010 - Gold rallies to a record high above $1,360 an ounce as the dollar comes under pressure from building expectations for the U.S. Federal Reserve to take extra measures to keep interest rates low and prop up the economy.

    * Oct 13, 2010 - Gold jumped to record highs near $1,375 an ounce as the dollar continued to languish, with the U.S. unit coming under pressure after minutes from the Fed's September meeting signaled the U.S. economy may need further stimulus.

    * Oct 14-Nov 8, 2010 - Gold again struck a series of records, with the latest rally driven by expectations of a weaker dollar after the U.S. Federal Reserve committed to buy $600 billion in government bonds, in a fresh effort to support the economy.

    (Compiled by Atul Prakash and Jan Harvey; Editing by Ed Lane)

    Source: Reuters

    Penggunaan Dinar Emas


    Dinar sebagai penyimpan kekayaan
    ================================




    Public Dinar


    Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas.
    Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan PENYIMPAN NILAI TERUNGGUL apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai.
    Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.

    Untuk membayar zakat
    ====================
    Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
     
    publicdinar1_clip_image007.jpg Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil "ain". Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil "dayn".
    Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori 'ain' manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori 'dayn'.
    Wang kertas dipanggil 'fulus' kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan.
    Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat.
    Sumber:
    1. http://www.mezquitadegranada.com/zakat/index.html

    Untuk membayar mas kahwin
    =========================

    Mahar Ejen Bijak Emas Ahmad Farieth kepada isteri beliau

    Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya serta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya. Terbaru ejen Bijak Emas Ahmad Farieth telah melangsungkan perkahwinan beliau dan mas kahwin kepada isteri beliau adalah 20 dinar! Tahniah!

    Selain itu, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar [nilai 1 dinar pada masa itu (tahun 2000) hanya RM120].

    Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini:
    http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0903&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=et_02.htm&arc=hive&arc=hive   

    Dinar sebagai hadiah
    ====================

    publicdinar1_clip_image011.jpg 
    Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.

    Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli
    ========================================================
    publicdinar1_clip_image013.jpg

    Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan.

    Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 4o tahun (1970 sehingga sekarang)

    Sumber:
    1. http://www.the-privateer.com/gold1.html
    2.  http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_money
    3.  http://www.onlygold.com/tutorialpages/HistoryFS.htm

    Sejarah Dinar Emas & Dirham Perak



    Sumber: www.publicdinar.com

    Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi. Gambarnya seperti di bawah:


    publicdinar_clip_image004.jpg
    Gambar: Dinar Parsi Yazdgard (399 - 420 AD)



     
    publicdinar_clip_image005.jpg
    Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III
    publicdinar_clip_image006.jpg
    Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III


    Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III.

    Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam.

    Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:"7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)".

    Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD - 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan.

    Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia - dinar.
    publicdinar_clip_image008.jpg
    Gambar: Dinar emas Abd al-Malik ibn Marwan
    publicdinar_clip_image010.jpg
    Gambar: Dinar emas Abd al-Malik ibn Marwan
       

     
    publicdinar_clip_image012.jpg
    Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan
    publicdinar_clip_image014.jpg
    Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan
    Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

    Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.
    Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh  sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam.

    Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya - praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.
    Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:
    ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’

    Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang.

    Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal.

    Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat "Surat janji hutang" tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran.

    Sumber:
    1. http://www.islamic-awareness.org/History/Islam/Coins/
    2. http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_gold_dinar
    3. http://www.321gold.com/info/gold_dinar.html
    4. http://zakat.wordpress.com/history-of-the-gold-dinar/ 
    5. http://www.coinlink.com/News/world-coins/dinar-coins-of-the-ancient-world/  

    Harga Emas telah melepasi USD1400/oz!

    Harga Public Gold dan Public Silver

    Toing!
    Tuuuuuuuuuu diiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Tepat sekali jangkaan kami. Admin menjangkakan harga emas dunia akan melepasi USD1400/oz dalam minggu ini, tapi tak sangka hari kedua minggu ini sudah pun mencapai sasaran.

    Harga emas yang bullish telah melonjakkan harganya sampai pecah rekod dunia yang baru saja dilakukan.

    Sempat juga Admin 'lock' 1x 250g perak jam 3 pagi tadi. KENAPA PERAK? Dalam dok cerita pasal kenaikan emas, Perak juga mengalami kenaikan yang lebih tinggi. sekarang dah melepasi USD27.60/oz. Bukan apa, Public Gold baru saja membuka semula tempahan baru tetapi hanya perak saja buat masa kini. So...apa lagi rebutlah peluang yang ada dulu, nanti bila dah buka semula tempahan untuk emas, ramai2lah pakat beli emas balik. hehehe.

    Ingin admin tunjukkan harga emas semasa bulan 10 yang lalu. ni dia....
    Harga pada 13/10/10


    Bandingkan harga pada 13/10/10 dengan harga pada hari ini 9/11/10. Masih tak percaya??? Jika pada masa itu anda membeli seketul 20g dengan harga RM3068, kini tak sampai 1 bulan anda dah untung RM121 [harga sekarang RM3187]. Menarikkan? Perak 250g plak dari RM775 kini bernilai RM913  lagi KENCANG!!! (ikut nada Inspirasi Emas). Kalu pada 13/10/10 anda ada RM3068, sekarang???? 


    Walaubagaimana pun anda masih tidak terlambat. Keretapi masih boleh dikejar..hehehe. Ingat, harga pada hari ini adalah amat murah daripada harga tahun hadapan! Anda ada 2 pilihan sekarang. Menjadi penyimpan dan pelabur tegar ataupun menjadi tokey emas. Kedudukan yang terbaik adalah dengan menjadi TOKEY EMAS. Disamping anda menyimpan, anda jual dan beli keuntungan anda lebih berlipat kali ganda. FUYOO!!! Anda tak perlu risau sebab kalu emas dan perak anda tak terjual pun, stok anda tidak mereput atau 'expired'. Dah la tu, dapat jual pada harga semasa. Mana ada orang nak beli emas guna harga tahun lepas kan??? Jadi kalu dah minat nak memulakan simpanan emas jangan malu, jangan segan, ambil telefon anda sekarang dan hubungi kami ejen-ejen di Bijak Emas. Yang berkenan untuk menjadi TOKEY EMAS,  jangan lupa untuk menghubungi admin. Sila klik pautan di atas laman ini.

    Akhir kata, makin lama kita simpan emas dan perak makin bernilai simpanan kita. Simpan dahulu, senang kemudian. Ciao!

    Admin Bijak Emas


    AKS - Emas Rahsia Kekuatan Ekonomi Islam

    Salam apa khabar semua...mari kita saksikan clip video temubual Apa Khabar Selangor dengan Ustaz Othman Hamzah, salah seorang ejen Bijak Emas yang bakal menjadi seorang Master Dealer dlm masa terdekat ini.

    Tajuk temubual pada kali ini ialah Emas Rahsia Kekuatan Ekonomi Islam. Makin ramai orang dah sedar kepentingan dan kelebihan emas ini. Seperti yang dikatakan oleh penemubual "Antara orang yang simpan duit kertas dengan orang yang simpan emas siapa lebih untung?"


    Yang berminat bolehlah menghubungi Al Fadhil Ustaz Othman Hamzah dan mana-mana ejen-ejen Bijak Emas terdekat untuk memiliki emas anda.

    Sumber: TVSelangor09







    PENGUMUMAN!



    HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ANSURAN

    Mari kita sama-sama fahami isi kandungan artikel ini yang dihasilkan oleh salah seorang ejen Bijak Emas.

    http://emas-amsyiq.blogspot.com/2010/10/hukum-jual-beli-emas-secara-ansuran_08.html

    Dah lama benar tidak sempat up datekan blog ini.
    Bila berada di kejauhan (Jordon) terasa terpanggil untuk melihat blog. Dan semenjak terlibat bersama pendokong emas dan dinar emas, mahu saya berkongsi tentang emas:
    Adakah harus membeli emas dan perak dengan cara ansuran
    Berbagai pendapat fuqaha’ mengenainya.
    Sebahagiannya menganggap emas itu sebgai barang dan sebahagiannya menganggap barangan. Berdasarkan itu berlaku perbezaan pendapat mengenainya. Seperti berikut:
    Tidak ada perbalahan fuqaha’ dalam perkara ini., kerana emas dan perak dianggap sebagai barang perniagaan, dan yang harus menjualnya melalui “murabahah” (mengambil untung) dan secara ansuran, kerana ia adalah galian yang telah digabungkan dengan hasil tangan tukang bentuk kerana bentuknya berlaku dengan seni tempa atau seni tangan. Adapun yang diharamkan ditujukan kepada jual emas dan perak asal (yang belum ditempa), maka disana ada perbezaan pendapat fuqaha’ yang disandarkan kepada hadis dhaif yang mengharamkan jualan bentuk ini secara ansuran.


    Adakah harus jual emas secara ansur, atau ia mistilah dengan jual tunai, sedangkan sebagaimana diketahui keperluan kepada perkara ini sangat mendesak. Contoh seseorang hendak membeli barangan emas, dan ia telah membuat persafahaman dengan tuan emas supaya pembeli akan memberikannya sebahagian bayaran secara segera dan baki yang lain secara bertempoh.Minta penyelesaian.

    Sebahagiannya menjawab:
    Maka jual emas dengan bayaran ansur berselisih pendapat fuqaha’ padanya, Sebahagian nya berpendapat tidak harus jual emas dengan bayaran ansur, bahkan mistilah dengan serahan segera, kerana menganggap emas adalah nilai duit. Berbeza sebahagian fuqaha’ yang lain yang berpendapat mengharuskan bayaran ansur, kerana emas sekarang bukanlah sebagai duit, tetapi telah bertukar kepada barang, sedangkan “hukum beredar bersama sebabnya pada wujud dan tiadanya”.
    Dan yang awlanya (elokny) jangan terus kepada jual secara ansur melainkan ketika memerlukan.
    Berkata Dr. Mahmud ‘Ukam pensyarah Syariah di Suria:
    Harus jual Emas denga harga ansur, berdasarkan ia adalah barang, terutama bila ia dibentuk atau perhiasan. Sesungguhnya perkara ini telah diharuskan oleh bilangan yang tidak sedikit dari fuqaha’ sebagaimana yang disebut kan oleh pengarang “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid”

    Dan berkata Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi penyusun “Mausu’ah Fiqhiyyah negara Kuwait: Emas dan perak tidak harus dijual keduanya dengan duit atau seumpama keduanya daripada emas dan perak melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan, kerana menjual kedua-duanya namanya “saraf” dan syarat sahnya saraf ialah “Serah dalam majlis”

    Berkata Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulamak Saudi:
    Jumhur ahli ilmu lama dan baru berpendapat kepada melarang perkara tersebut, mereka mensyaratkan padanya apa yang disyaratkan pada duit emas dan perak iaitu serah dalam majlis akad, maka tidak boleh beli denga bertempoh dau ditangguhkan “beransur”
    Dan sebahagian fuqaha’ berpendapat kepada mengharuskannya. Mereka menganggap perhiasan emas dan perak terkeluar dari ketegori duit, dan asal duit kepada ketegori barang, dan seterusnya, maka harus menjual dan membelinya dengan bertempoh dan dengan kard kredit. Dan pendapat pertama adalah lebih menyeluruh.

    Dan berkata Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi ketua Qism Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar:
    Tidak harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah, kerana itu berkata fuqaha’: “Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, yang demikian kerana hadis yang sohih yang menunjukkan wajib segera pada menjual emas dan perak. Rasulullah s.a.w bersabda:
    ( لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد(
    “Jangan kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”

    Dr Ali Jum’ah mufti Repablik Mesir berpendapat: Adapun Emas dan perak yang dibentuk, maka ia terkeluar dari menjadi harga(pengantara untuk penukaran) dan ternafi darinya sebab tunai, yang mewajibkan pada keduanya syarat tunai dan serah, dan yang membawa kesan pengharaman jual bertempoh. Maka ia menjadi seperti barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi “bahawa hukum itu ada bersama sebabnhya pada ada dan tiadanya”. Inilah juga pendapat imam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainyua.

    Berkata Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in: “Perhiasan yang diharuskan menjadi hasil cipta yang diharuskan seperti jenis baju dan barang, bukan dari jenis harga, kerana itu tidak diwajibkan padanya zakat, maka tidak berlaku riba diantaranya dan antara harga, sebagaimana tidak berlaku riba antara harga dengan barang-barang yang lain, sekalipun ia dari bukan sejenisnya. Maka sesungguhnya bentuk ini terkeluar dari maksud harga dan disediakan untuk diperdagangkan, maka tidak dilarang menjualnya dengan sejenisnya.
    Berdasarkan apa yang telah lalu, maka sesungguhnya tidak ada tegahan syarak menjual Emas yang telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh. Adapun emas yang tidak dibentuk, maka ia diatas asal tegahan kerana sebab riba.

    Soalan:
    Seorang perempuan hendak membeli emas secara ansuran kerana tidak cukup bajet, lalu beliau meminta dari penjual emas menjualkan kepadanya secara ansur, lalu ia menimbang dan menyebutkan harganya. Berkata tukang emas kepada perempuan tersebut: “saya akan menjualkannya kepada kamu dengan harga ini dan dan memberi pembayaran secara ansuran,dan aku tidak akan menambahkan harganya walaupun naik harga gram emas”, lalu perempuan tersebut berkata kepadanya: “Aku membeli mengikut harga ini, dan aku tidak menuntut darimu mengurangkan harga bila jatuh harga gram emas, lalu kedua-duanya sepakat menetapkan harga semasa itu. Apakah hukum jualan ini?
     Adakah harus membeli emas dengan cara ansuran ini.

    Jawab:
    Tidak harus menjual emas secara ansur, melainkan sekiranya emas sebagai imbalan kepada barangan.
    Ditanya syeikh Uthaimin r.h tentang hukum beli emas secara ansur. Maka jawabnya r.h: “Beli emas secara ansur ada dua jenis:
    Pertama: Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka mistilah diserahkan lima ribu rial terdsebut dalam majlis akad, dan tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”

    Kedua: Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum, seperti seorang berkata: “Aku beli darmu emas ini dengan seratus gantang gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, keran jual disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh
    Berdasarkan ini kita nyatakan: “Apabila dijual emas dengan emas maka mistilah dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.

    Kesimpulannya
    1- Saya cenderung kepada jual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang misti dilakukan secara tunai. Kerana jual beli emas dalam praktik kita disini sebagai barangan, bukannya sebagai harga.
    2- Oleh kerana menganggap jongkong emas, dinar dan perhiasan sebagai barangan, maka mengunci harga yang diperaktikkan oleh penjual dan pembeli emas, dianggap jual tempah. beli hari ini, emas ditempah dari pulau pinang atau kelantan memakan masa.
    3- Dari segi keselamatan terdedah kepada bahaya sekiranya urus niaga emas dilakukan secara tunai tangan ke tangan sekiranhya jumlah yang besar.Contohnya tentulah tidak selamat urusan jual beli emas di ladang sawit, di estat dan sebagainya.Ini juga dikukuhkan dengan kaedah situasi mempengaruhi hukum.
    4- Pun demikian seelok-eloknya diusahakan supaya jual beli emas secara tunai dan tidak bertangguh.

    Syeikhul maqari
    Hj. Othman bin Hamzah
    Ingin beli emas hubungi 0192903165/0126669362

    SEMINAR PUBLIC GOLD UNTUK BULAN NOVEMBER 2010

    Salam sejahtera kepada anda semua. Harap-harap anda semua dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria. Esok masyarakat Malaysia yang beragama Hindu akan menyambut hari Deepavali atau Pesta Cahaya. Bagi peminat2 Bijak Emas yang beragama Hindu..Happy Deepavali to you!

    Nampaknya harga emas petang nih menaik dengan mendadak. Adakah disebabkan permintaan atau demand yang tinggi sewaktu hari perayaan??? Ianya tidak mustahil.

    Harga Emas Dunia dan di Malaysia
    Lihatlah graf disebelah...tujuan posting saya pada kali ini adalah untuk mengumumkan seminar "Peluang Perniagaan Emas Public Gold" yang akan disampaikan oleh En Syukor Hashim, admin www.jutawanemas.com.

    Antara topik-topik yang akan ditekankan ialah kelebihan menyimpan emas dan rahsia menjana keuntungan dengan memiliki emas. Selepas itu, beliau akan menerangkan pula peluang kepada anda untuk memaksimakan keuntungan emas anda dengan menjadi pengedar kepada Public Gold. Dalam erti kata lain jadi 'TOKEY EMAS' laa..

    Kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk menempah tempat. Diingatkan tempat duduk adalah terhad. Rebutlah peluang anda untuk mengetahui rahsia emas.

    Kepada yang sudah faham dan ingin menjadi tokey emas Public Gold, hubungi saya, anda akan menjadi salah seorang keluarga Bijak Emas. Modal untuk menjadi pengedar Bijak Emas cuma RM20 000 saja. Duit tu untuk membeli emas yang akan menjadi stok anda. :) KLIK SINI UNTUK MENJADI EJEN BIJAK EMAS


    Panjang plak membebel...sila lihat jadual dibawah ini. Klik untuk besarkan gambar.
    Seminar Emas November 2010

    Seminar Perak Public Silver November 2010
    Kepada yang telah menjadi pengedar Public Gold, anda diwajibkan untuk menhadiri sesi orientasi yang akan dikendalikan oleh para pekerja Public Gold yang berdedikasi. Untuk menjadi TOKEY EMAS yang berjaya anda harus menghadirinya. Sijil penyertaan akan diberi pada akhir acara. Sila rujuk jadual dibawah

    New Dealer Orientation November 2010

    Pastikan anda datang, bawa kawan-kawan, dan lepas habis dengar seminar itu, hubungi kami di Bijak Emas untuk menjadi  TOKEY EMAS atau sebagai pelanggan tegar :)

    Admin Bijak Emas
    -simpan dahulu, senang kemudian-

    TAZKIRAH: TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

    Apa kata kita hayati teka-teki ini..:) 

    25 Zulkaedah 1431 H
    Oleh : nina mazrina (http://idhamlim.blogspot.com)

    Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

    Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

    Murid 1 = “Orang tua”
    Murid 2 = “Guru”
    Murid 3 = “Teman”
    Murid 4 = “Kaum kerabat””

    Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

    Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

    Murid 1 = “China”
    Murid 2 = “Bulan”
    Murid 3 = “Bintang”
    Murid 4 = “Matahari”

    Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

    Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

    Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”

    Murid 1 = “Gunung”
    Murid 2 = “Matahari”
    Murid 3 = “Bumi”

    Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

    Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”

    Murid 1 = “Baja”
    Murid 2 = “Besi”
    Murid 3 = “Gajah”

    Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

    Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

    Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”

    Murid 1 = “Kapas”
    Murid 2 = “Angin”
    Murid 3 = “Debu”
    Murid 4 = “Daun-daun”

    Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

    Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

    Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”

    Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.



    [HUBUNGI TEAM BIJAK EMAS TERDEKAT ANDA UNTUK MENDAPATKAN EMAS ANDA]