[orang negeri lain pun boleh aje...]
Perak - Dinar Emas & Dirham Perak
Perak perkenal dinar emas, dirham perak
2011/01/26
IPOH:
Dinar emas dan dirham perak yang akan dilancarkan oleh kerajaan negeri
Perak pada penghujung bulan depan adalah dalam bentuk instrumen
simpanan dan pelaburan dengan tujuan untuk memberi keuntungan kepada
rakyat.
Pengerusi Goldnet International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin, berkata dinar emas
dan dirham perak itu tidak akan digunakan sebagai mata wang seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.
"Goldnet International dan kerajaan negeri Perak akan mengambil peluang
meneroka
pengalaman luas Kuwait Finance House (KFH) yang sebelum ini menawarkan
akaun emas di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada BERNAMA
di sini hari ini.
Beliau berkata, dinar emas dan dirham perak itu akan dikeluarkan oleh Goldnet
International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber
Manusia, Sains dan Teknologi negeri Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata, Perak
sedang bekerjasama dengan KFH untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana
institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian berkenaan.
Beliau
berkata, dengan memperkenalkan dinar emas dan dirham ia akan
mempelbagaikan bentuk simpanan dan pelaburan kewangan rakyat.
Katanya, segala perincian, mekanisme serta bentuk dinar dan dirham berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti. - BERNAMA