Apa kata kita hayati teka-teki ini..:)
25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : nina mazrina (http://idhamlim.blogspot.com)
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””
Imam
Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta
ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa
pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan
datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”
Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”
Imam
Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali
adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan
nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam
Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali
adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka
menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam
Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di
dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau
urusan dunia, kita tinggalkan solat”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”
Imam
Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali
didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan
mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.
[HUBUNGI TEAM BIJAK EMAS TERDEKAT ANDA UNTUK MENDAPATKAN EMAS ANDA]