1. Apakah itu
Dinar dan Dirham?
- Dinar syiling emas 22 K, berat 4.25 gm.
- Dirham syiling perak 999, berat 2.975 gm.
- Saidina Umar telah menggariskan satu standard berat dinar
dan dirham iaitu 7 dinar mestilah bersamaan berat dgn 10 dirham.
2. Apakah gold bar Public Gold dan apa pula syiling
emas Public Dinar?
- Public Gold : Mempunyai emas yang ketulenannya 99.99% yang mana
produknya terdiri daripada gold bar 20gram,
50gram(bar),50gram(coin),100gram dan 1KG www.publicgold.com.my
- Public Dinar: Mempunyai emas yang ketulenannya 91.6% yang mana
produknya terdiri daripada syiling 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar. www.publicdinar.com
3. Apakah pula
Public Silver dan Public Jewellery?
- Public Silver : boleh
rujuk harga di www.publicgold.com.my
- Public Jewellery: boleh rujuk product tersebut dan harga jualan di
www.publicjewellery.com.my
- kedua-dua produk ini telah dilancarkan secara rasminya
pada hari Ahad,28 Februari 2010.
4. Apakah persamaan
diantara Public Gold, Public Dinar, Public Silver dan Public Jewellery?
- Kesemuanya adalah dibawah satu syarikat yang sama iaitu
Public fine Gold International Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan nama
Public Gold.
5. Adakah Public Gold dan Public Bank sebuah
syarikat yang sama?
- Tidak, Public Gold dan Public Bank adalah dua syarikat
yang berbeza dimana Public Gold adalah sebuah syarikat jual beli emas.
6. Apakah yang ditawarkan
oleh Public Gold?
- Public Gold membolehkan seseorg pembeli untuk melabur
dengan emas fizikal dengan cara yang mudah, selamat dan yang paling murah.
Pembeli bolehlah membeli emas dengan ketulenan 999.9 di semua cawangan
Public gold mengikut harga yang ditetapkan dalam Ringgit Malaysia untuk
emas 20g, 50g, 100g dan 1kg.
7. Kenapa anda perlu
melabur dengan Public Gold?
- Public Gold adalah cara terbaik untuk pelanggan
membina satu portfolio emas dengan membeli emas dalam kuantiti kecil dan
boleh dibeli berterusan melalui satu tempoh masa tertentu. Teknik “kos
pemurataan” akan memastikan jumlah pelaburan emas yang dibeli adalah pada
harga purata.
8. Apakah kelebihan jika
saya memiliki emas Public Gold?
- Melabur emas dengan lebih mudah di mana-mana
cawangan Public Gold diseluruh Malaysia
- Ia selamat, kerana dalam bentuk fizikal.
- Harganya murah kerana harga emas yang tawarkan adalah
mengikut harga emas antarabangsa tanpa caj-caj tambahan biasa.
- Pembeli boleh melabur dalam amaun yang kecil pada suatu
masa. (minimum 20gram bagi emas Public Gold, 1 dinar bagi emas Public
Dinar, 1kg bagi Public Silver)
- Suatu peluang untuk menjana untung sekiranya harga emas
meningkat.
- Emas boleh menjadi suatu halangan kepada inflasi
9. Bilakah masa terbaik
untuk memiliki emas?
- Masa yang terbaik adalah ketika harga emas rendah.
Sebelum tu kena tahu bila masa rendah oleh itu belilah bila anda cukup duit