Perasaan yang amat membanggakan. Segalanya admin berikan supaya Bijak Emas menjadi salah sebuah jenama yang terkenal di dalam perniagaan emas pelaburan. Bijak Emas masih lagi menerapkan objektif utama sebagai tunjang perniagaan ini iaitu memberi khidmat nasihat dan kesedaran dalam memiliki emas dan perak sebagai salah satu aset penting dalam hidup setiap manusia.
Admin ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga, para pengedar, pelanggan pelanggan, kakitangan Public Gold, sahabat handai dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memberi sokongan kepada kami. InsyaAllah, kami akan berusaha menambah baik khidmat kepada tahap yang lebih tinggi.
Di sini juga admin ingin mengucapkan tahniah kepada En Zamri Abbas, pengedar Bijak Emas di Klang, Selangor kerana telah berjaya menjadi Priority Dealer Public Gold hanya dalam masa 1 bulan. Dedikasi beliau amat kami kagumi. En Zamri boleh dijadikan contoh terbaik kepada para usahawan emas Public Gold yang lain. Jika kita fokus dan gigih berusaha tentu lumayan hasilnya.

Akhir sekali jangan lupa menghubungi En Zamri Abbas untuk anda mendapatkan emas anda.
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Fithrie Tajalie
Master Dealer PG000385