Pelaburan Emas-Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) !


Pelaburan Emas-Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) !

Asslammualaikum kepada para pembaca…baru beberapa jam geng post artikal..sekarang geng nak post lagi satu artikal…ini sangat penting…jadi baca dulu…sumber adalah dari rakan emas geng
Tak sudah-sudah kerjanya menipu orang. Masih ingatkah lagi artikel tentang pembongkaran scam island red cafe malaysia. Sebelum itu terima kasih diucapkan kepada penghantar emel antivirgingold yang telah berkongsi maklumat terbaru ini. Yang saya kasihankan di sini golongan pelajar yang kabur mata bila mendengar janji manis untuk cepat kaya. Nak tahu kisah selanjutnya?

Setelah LifeStyle World Card telah gagal dalam cubaan sebelum ini (dalam pada masa yang sama ramai yang telah menjadi mangsa), pengarah Lifestyle World Card telah mempromosi SCAM TERBARU : Virgin Gold Mining, dengan beraninya menggunakan nama Bank Negara dan Islam.
Kononnya : Diiktiraf oleh sistem kewangan Malaysia di mana Bank Negara sendiri memainkan peranan besar dalam menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai.
Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah.
Bank Negara dan Securities Commission Malaysia (SC) menyatakan bahawa Virgin Gold Mining adalah didapati mirip dengan Swisscash dan mereka akan mengambil tindakan terhadap semua individu yang terlibat sama dalam yang mempromosi skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining, terutamanya leader yang telah blacklist dalam swisscash.
Berikut adalah sebagian isi kandungan emel yang dihantar oleh Securities Commission Malaysia (SC) mengenai penipuan Virgin Gold Mining ini :
Tuan,
Sila ambil maklum bahawa syarikat Virgin Gold Mining Corporation tidak diiktiraf dan tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk menjalankan urus niaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urusniaga kontrak hadapan, termasuk memberi nasihat pelaburan atau/dan perkhidmatan pengurusan dana atau yang berkaitan dengan pasaran sekuriti atau pasaran niaga hadapan di Malaysia.
Pihak tuan adalah dinasihatkan supaya jangan melibatkan diri dalam mana-mana urus niaga syarikat tersebut. Pihak kami juga menggalakkan tuan memberikan kami maklumat lanjut berkaitan syarikat ini.
Para pelabur diingatkan supaya sentiasa mengambil tanggungjawab atas keputusan-keputusan pelaburan sendiri dan memberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum melabur. Ini termasuk mengesahkan sama ada syarikat atau individu terbabit dilesenkan oleh pengawal selia yang sewajarnya bagi aktiviti yang dijalankan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti di Malaysia, tuan hendaklah mengesahkan status pelesenan atau kelulusan daripada pihak SC.
Pihak tuan juga boleh melawati laman web kami di www.sc.com.my untuk Senarai Laman Web/Produk Pelaburan/Syarikat Yang Tidak Diiktiraf SC (Virgin Gold Mining Corporation salah satu syarikat di dalam Alert List SC) maklumat lanjut mengenai Pengantara Berlesen kami dan maklumat lain berkaitan kawal selia pihak SC.Sekiranya tuan memerlukan apa-apa penjelasan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di talian 03-62048999.
Yang benar,
Sekian, terima kasih.
Suhani Selamat
Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  



Jadi untuk mengelakkan lebih ramai lebih banyak lagi mangsa lain yang terlibat dan tertipu oleh skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining itu, di harap pembaca semua dapat memaklumkan kepada seberapa ramai rakan-rakan Facebook anda
komen geng916
memang bernar SC tidak mengiktiraf VGMC nie…geng dah tengok sendiri dalam web mereka…ok lihat link niehttp://www.sc.com.my/main.asp?pageid=1032&menuid=272&newsid=&linkid=&type=#v
tapi apa-apa pun…jika kita orang islam…pekaran pertama yang kita kena ingat…nak labur apa-2 pun pastikan ianya halal dan bebas dari riba…kena ingat..pembelian emas mesti dapat emas..jika tidak ianya dianggap riba…jika tiada riba..baru kita boleh tenggok adakah ianya sah disisi undang-2 di malaysia..jangan tanya orang yg join..tanya penguatkuasa…..”mencarikebenaran adalah lebih baik dari mendengar berita yang didakwa benar“…
tuan-tuan pernah tengok drama tv3 Saham Neraka?arahan erma fatima?ABTaufan? haaa..kalau tak tengok..tuan-tuan dan puan-puan mesti tengok..ok..geng akan letakkan link dibawah nie..
ini bahagian pertama…maklum la youtube nie takleh upload masa penuh..10 minit saja..jadi nak tengok kesemuanya kenalah tengok direct dari youtube..cuba tengok dan fahami modus operandi scam…
ingat mencari yang halal itu adalah kewajipan kita orang islam..
ok…sekian dahulu dari geng…hehehe gerenti lepas nie ada orang tak suka pada geng..akan boikot pada geng…akan maki geng…akan hina, kutuk ataupun cuba-cuba jatuhkan geng…tak apalah..ini didunia..semuanya tak kekal..janji geng dah jalankan kewajipan untuk kesedaran para pembaca blog geng…ok..
artikal nie hanya boleh dipakai selagi mana kerajaan kata VGMC nie tak sah..jika ianya sah disisi undang-2 tidak disisi syariah…artikal ini diguna pakai…sekian
GENG916
RAKAN EMAS ANDA

*Nota: Terima kasih Geng916.com kerana membangkitkan isu ini.