Jom beli emas di Poh Kong

*Eh...nanti dulu...meh baca dulu...

Gambar hiasan

2-3 hari lepas saya ke Ampang Point untuk menempah cermin mata bersama ayahanda saya. Al maklum cermin matanya sudah 5 tahun tak ditukar. Dlm perjalanan nak ke tempat letak kereta, saya pun 'terlalu' di hadapan kedai emas Poh Kong.

Terlintas nak tanya berapa harga emas sekarang (padahal dah tahu!). Last-last saya pi jugak tanya. So seorang salesman tuh dengan bangganya menjawab soalan saya. "Ini hari harga RM157/g. (tak habaq plak plak dia ada diskaun, takde kot). Pastu saya pun tanya la "eh u ada jual jongkong kan? itu Bunga Raya..". Dia pun jawap "haa...ada ada..tapi itu jongkong RM166/g"
Poh Kong Bunga Raya

"ooo....so 1g u jual RM166 laa?"

"eh tak, kalu itu 1g kami juai RM186" aku balas balik "laa apsal plak???"  Dia jawab balik,  "mesti laaa..itu harga emas saja belum masuk itu upah".

Model cun :)



Dia sambung lagi "you kalu mau untung u beli jongkong pasai nanti bila naik, u juai balik kita tolak 11% saja kalu ini jewellery u beli nanti u mau juai kita tolak 25%" (WOW!!!)







Aku pun tokey emas jugak tapi emas aku jual susut nilai atau spread cuma 5%-6%. Harga yang dijual pun baru RM159/g (harga semasa artikel nih ditulis). Dahtu plak Public Jewellery spread 20% aje. Takde upah tukang plak tuh....hisshhhh tak bleh jadi nih...so akhirnya aku cakap laa "lengchai, tq aaa...nanti I datang balik."
Boleh tutup laa mcm nih...

Aku pun chiao pulang ke rumah dengan senang hati sebab aku tahu yang aku jual dan beli dengan Public Gold sekarang jauh lebih murah daripada kedai emas-kedai emas popular di sekeliling kita. hehehe...dan anda plak? masih nak beli kat Poh Kong? Habib Jewels? Poh Win? Chantique?. Meh beli dengan kami di Bijak Emas. Sebab apa??

Sebab:-
  1. spread yang rendah cuma 5-6%. Public Jewellery 20%
  2. harga jauh lebih murah daripada kedai emas.
  3. cantik.
  4. dijamin beli semula tak kira calar, sumbing atau patah.
  5. dan lain-lain lagi.
Bandingkan harga semasa
Ok...masih ragu-ragu? Kesimpulannya jika anda dah nak start simpan emas mulakan dengan menyimpan emas fizikal. Banyak kelebihan-kelebihan yang anda perolehi daripada anda hanya menyimpan emas dalam bentuk buku akaun. Nanti saya akan ceritakan perbezaan simpan emas fizikal dan emas buku akaun. Tunggu....