Bank Islam Hanya Tawar Khidmat Penyimpanan Dinar Emas, Mata Wang Dirham
August 18, 2010 by: inspirasiemas
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Bank Islam Malaysia Bhd, menerusi unitnya, Farihan Corp, hanya menawarkan perkhidmatan penyimpanan mata wang dinar emas/dirham di premis Ar-Rahnu di Kota Baharu dan Pasir Puteh.
“Pada masa ini, bank tidak menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas atau mengedar mata wang dinar/dirham dalam mana-mana bentuk transaksi,” katanya.
Bank itu berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa bank itu bersetuju menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam transaksinya.
Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini melancarkan siling dinar emas dan dirham perak bernilai RM2 juta, kepada orang ramai untuk digunakan sebagai mata wang akternatif di 1,000 kedai di negeri itu.
sumber berita: BERNAMA
sumber gambar: nubex
Dikongsi oleh Inspirasi Emas