Melawat Peti Besi Di AgroBank HQ, KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudahkah anda menyimpan EMAS?? Kepada yang sudah menyimpan Team BijakEMAS mengucapkan tahniah dan yang masih ragu-ragu, diharap web ini dapat membuka minda anda dan menyedarkan anda tentang kelebihan menyimpan EMAS fizikal ini.

Pada hari Khamis lepas, saya telah ke Cawangan Utama Agro Bank di Kuala Lumpur untuk mengemaskini stok EMAS yang saya simpan. Sambil itu bertanya kepada pegawai bank tentang perkhidmatan yang disediakan Agro Bank untuk peti simpanan deposit ini. Menurut pegawai tersebut, sewa termurah yang terdapat di situ adalah berjumlah RM25/tahun dan yang paling mahal RM55/tahun. Ianya amatlah murah. Cuma kini yang tinggal yang bersaiz kecil sahaja, muat untuk menyimpan EMAS yang anda miliki. Deposit juga hanyalah RM80. Kepada yang berminat untuk menyewa peti simpanan di Agro Bank, bolehlah ke sana. Dokumen yang diperlukan ialah kad pengenalan sahaja. Anda perlu mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa didalam peti besi tersebut...