Nasihat daripada Sahabat, Mentor - Syukor Hashim

Tips: Hold on to your gold!
(Because buy and hold strategy works for gold!)

Sekarang ialah zaman harga emas menurun. Jadi orang yang 'negatif' terhadap emas boleh tepuk tangan dan memberi macam-macam komen.

Pelabur @ penyimpan emas yang memegang kepada faktor fundamental akan terus memegang emas. Ini kerana situasi hutang yang semakin besar yang dihadapi di Euro dan USA (massive debt) lama kelamaan akan pecah (debt burst). Baca kat sini: http://www.infowars.com/the-sovereign-debt-bubble-will-continue-to-expand-until-bang-the-system-implodes/ 

Pada waktu itu hard asset akan melonjak tinggi.

Bagi orang yang melihat kejatuhan harga emas dari tahun 2011 sehingga 2013 kemudian memberikan komen-komen negatif, ia ibarat melihat dengan teropong straw. Kecil sangat pandangannya. Buang straw tu. Lepas tu tengok balik graf yang lebih besar time framenya.

Pelabur perlu melihat aspek fundamental dan time frame yang jauh lebih besar. Dalam dunia wang fiat (duit kertas yang nilainya boleh dicetak sesuka hati), lama kelamaan harga barang-barang (hard asset) akan naik dan adjust harganya dengan kuantiti wang fiat yang berada di pasaran.

Cuba lihat graf harga emas di dalam jangka masa panjang. Ia naik dalam jangka masa panjang. Short term emas boleh jatuh.

Satu contoh yang ingin dikongsi. Bagaimana strategi ini juga berfungsi di dalam pelaburan saham.

Warren Buffet merupakan salah seorang pelabur terkemuka dunia ketika ini. Namun ketika krisis sub-prima tahun 2008 - 2009, nilai syarikat beliau Berkshire Hathaway Inc telah jatuh 50% di dalam masa setahun! Lihat disini http://tinyurl.com/nysebrka

Bagi pelabur yang menggunakan konsep value investor, maka saham syarikat yang unggul ini sangat murah. Bagi mereka yang membeli ketika tahun 2007 (waktu harga mahal), mereka memerlukan masa 4 tahun (till 2012) untuk kembali ke harga asal dan sekarang. Bayangkan betapa ruginya orang yang tidak mengambil peluang membeli ketika harga saham syarikat ini jatuh 50%!

p/s: Cuba fikir dengan logik akal. Bagaimana syarikat yang diterajui oleh seorang pakar seperti Warren Buffet boleh jatuh sehingga 50%??? Apa hujah yang boleh dikemukakan untuk menerangkan situasi ini?

Bagi pelabur bijak, membeli ketika harga jatuh adalah strategi cost averaging yang menguntungkan. Harga tinggi + harga rendah = harga tengah-tengah.

Pelabur yang bijak ada strategi.

Strategi pelaburan boleh diajar dan boleh dipelajari.

Janji mahu belajar sahaja :)

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan ilmu emas :)


*Kesimpulannya ambillah peluang kejatuhan atau penurunan harga emas ini untuk anda menambah simpanan emas kerana sebenarnya anda tidak rugi. Hubungi kami di Bijak Emas, simpan dahulu, senang kemudian.

6 ulasan:

  1. Alhamdulilah...terima kasih di atas perkongsian...

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas perkongsian info... Semoga terus menjadi pelabur emas yang berjaya... ;)

    BalasPadam
  3. Haaha, alkisah, tentah bilion-wan yang tukar harta dia kepada gold. Pada satu ketika harga emas adalah 190/g dia tukar jadi gold 1.5 bilion harta dia. Tetiba ekonomi merudum pasai gold sandar dengan nilai doller, jadi la rm130/g . So jutawan ini kerugian dari asset harta dia 1.5 billion, tinggal lah 0.9 billin. So dia buat liputan media " who stole my money" jawapan dia tiada siapa2. And polis x boleh tangkap spa2, and dia pun tak boleh saman sapa2. So Nak main gold adalah dalam tempoh simpanan yang lama 10 year to 15 year. Sebelum start kena kaji, belajar dan faham naik turun graf. Dan yang penting mesti ada asset lebih yang nak labur dalam Goldbar.( asset yang tak ganggu kos kehidupan kita). And make sure tak berhutang( dengan keluarga or atau rakan or Credit Card or yang paling bahaya Ahlong). Bijak melabur Keuntungan masa hadapan.

    BalasPadam
  4. Kamu sebut Warren Buffet, tapi bukankah beliau dah cakap jangan simpan emas? Merugikan?
    Al Quran pun ada perkara yang sama, tidakkah kamu semua membacanya?

    Gunakan hasil penat lelah kamu untuk melabur ke arah sesuatu yang berfaedah, contohnya membela kambing, bukannya simpan emas sahaja tanpa membantu sesiapa pun.

    BalasPadam
  5. Kamu sebut Warren Buffet, tapi bukankah beliau dah cakap jangan simpan emas? Merugikan?
    Al Quran pun ada perkara yang sama, tidakkah kamu semua membacanya?

    Gunakan hasil penat lelah kamu untuk melabur ke arah sesuatu yang berfaedah, contohnya membela kambing, bukannya simpan emas sahaja tanpa membantu sesiapa pun.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey toto 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya kunjungi situs/website  ☎ KLIK DISINI RITUAL PESUGIHAN DUNIA GHAIB


    BalasPadam