Nasihat daripada Sahabat, Mentor - Syukor Hashim

Tips: Hold on to your gold!
(Because buy and hold strategy works for gold!)

Sekarang ialah zaman harga emas menurun. Jadi orang yang 'negatif' terhadap emas boleh tepuk tangan dan memberi macam-macam komen.

Pelabur @ penyimpan emas yang memegang kepada faktor fundamental akan terus memegang emas. Ini kerana situasi hutang yang semakin besar yang dihadapi di Euro dan USA (massive debt) lama kelamaan akan pecah (debt burst). Baca kat sini: http://www.infowars.com/the-sovereign-debt-bubble-will-continue-to-expand-until-bang-the-system-implodes/ 

Pada waktu itu hard asset akan melonjak tinggi.

Bagi orang yang melihat kejatuhan harga emas dari tahun 2011 sehingga 2013 kemudian memberikan komen-komen negatif, ia ibarat melihat dengan teropong straw. Kecil sangat pandangannya. Buang straw tu. Lepas tu tengok balik graf yang lebih besar time framenya.

Pelabur perlu melihat aspek fundamental dan time frame yang jauh lebih besar. Dalam dunia wang fiat (duit kertas yang nilainya boleh dicetak sesuka hati), lama kelamaan harga barang-barang (hard asset) akan naik dan adjust harganya dengan kuantiti wang fiat yang berada di pasaran.

Cuba lihat graf harga emas di dalam jangka masa panjang. Ia naik dalam jangka masa panjang. Short term emas boleh jatuh.

Satu contoh yang ingin dikongsi. Bagaimana strategi ini juga berfungsi di dalam pelaburan saham.

Warren Buffet merupakan salah seorang pelabur terkemuka dunia ketika ini. Namun ketika krisis sub-prima tahun 2008 - 2009, nilai syarikat beliau Berkshire Hathaway Inc telah jatuh 50% di dalam masa setahun! Lihat disini http://tinyurl.com/nysebrka

Bagi pelabur yang menggunakan konsep value investor, maka saham syarikat yang unggul ini sangat murah. Bagi mereka yang membeli ketika tahun 2007 (waktu harga mahal), mereka memerlukan masa 4 tahun (till 2012) untuk kembali ke harga asal dan sekarang. Bayangkan betapa ruginya orang yang tidak mengambil peluang membeli ketika harga saham syarikat ini jatuh 50%!

p/s: Cuba fikir dengan logik akal. Bagaimana syarikat yang diterajui oleh seorang pakar seperti Warren Buffet boleh jatuh sehingga 50%??? Apa hujah yang boleh dikemukakan untuk menerangkan situasi ini?

Bagi pelabur bijak, membeli ketika harga jatuh adalah strategi cost averaging yang menguntungkan. Harga tinggi + harga rendah = harga tengah-tengah.

Pelabur yang bijak ada strategi.

Strategi pelaburan boleh diajar dan boleh dipelajari.

Janji mahu belajar sahaja :)

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan ilmu emas :)


*Kesimpulannya ambillah peluang kejatuhan atau penurunan harga emas ini untuk anda menambah simpanan emas kerana sebenarnya anda tidak rugi. Hubungi kami di Bijak Emas, simpan dahulu, senang kemudian.