Seminar Public Gold Mei 2012


Salam semua,
Apa khabar? Maaf saya sedikit terlambat mengemaskini jadual seminar untuk bulan Mei ini. Al maklum harga emas sekarang makin menjadi-jadi murahnya. Susah nak dapat harga macam ini sekarang. Banyak tempahan dan pertanyaan yang perlu dilayan.

OK! Sejak semalam harga emas turun dengan mendadaknya. Semakin banyak turun. Seperti tahun tahun sebelumnya, saya dapati harga emas selalu mengalami penurunan semasa ketibaan musim panas. Dan selalunya harga emas akan naik semula selepas itu juga dengan mendadaknya. Teringat kata kata kawan saya daripada Emas 8 Kilo. "Emas bila dia turun, dia akan turun gila-gila! Dan bila dia naik, dia akan naik pun gila-gila!"



Jadi sudahkah anda memulakan simpanan emas dan perak anda? Masih ragu-ragu? Jangan risau, jangan runsing, jangan takut. Kami sentiasa akan membantu anda. Mesti anda hendak tahu kenapa harga emas turun sekarang ini selain daripada penerangan saya tadi. Sebab itu anda perlu menghadiri seminar daripada Public Gold. Speaker speaker kami akan memberitahu kenapa, sebab apa, bagaimana, siapa, bila dan juga akan menjawab segala pertanyaan anda.

Para speaker amat berkualiti dan berdedikasi, akan menceritakan kepada anda tentang kelebihan emas, sejarah dan juga peluang untuk menjadi usahawan Public Gold. Jadi tokey emas la senang citer.

Apa yang perlu anda buat? Senang saja, cuba lihat jadual seminar yang saya sertakan, lepas tu hubungi saya melalui telefon atau SMS. Nyatakan nama penuh anda dan tempat seminar yang anda berminat untuk pergi. Nanti masa seminar diadakan, jangan lupa daftar kehadiran anda dan letakkan nama Bijak Emas sebagai 'introducer'. Mudah kan?


OK, jadual seminar adalah seperti dibawah ini:- [klik gambar untuk zoom]


Lepas pergi seminar, langkah seterusnya hubungi mana-mana usahawan Bijak Emas, nyatakan kepada mereka anda nak beli atau nak menjadi usahawan seperti mereka. Anda buat, anda dapat.

*KEPADA YANG TELAH MENJADI PENGEDAR, ANDA DIMESTIKAN MENGHADIRI SEMINAR INI UNTUK MENAMBAH ILMU ANDA