Hilangnya Dinar dan Dirham dari Arab Saud

Ramai yang suka bertanya: mengapa Pemerintah Arab Saudi memakai wang riyal kertas, dan bukan Dinar dan Dirham? Ini sebahagian dari jawapannya.

Untuk menjawab pertanyaan mengapa Saudi Arabia memakai wang kertas riyal, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak, kita perlu mengetahui kedudukan kerajaan ini. Pada mulanya wilayah Hijaz adalah sebahagian dari Daulah Utsmaniah yang, tentu sahaja, menggunakan Dinar emas dan Dirham perak sebagai mata wangnya. Pada pertengahan abad ke-18, sebuah amirat lokal, dipimpin oleh amirnya, Muhammad ibn Sa'ud (meninggal 1765), menguasai suatu desa yang kering dan miskin, Dariyah. kegiatannya yang selalu membuat onak, dan mengganggu jamaah haji, kelompok Al Sa'ud terus-menerus dalam konflik dengan pemerintahan Utsmaniah. Mereka mendapat bantuan dari Kerajaan British.

Pada tahun 1924, Parlimen Turki melalui Kamal Artarturk telah mengistiharkan bahawa Khilafiah Othmaniah sudah berakhir dan mengistiharkan penubuhan Republik Turki. Undang - undang shariah pada masa yang sama digantikan dengan undang - undang sekular.Empat hari selepas pengistiharan tersebut, Sharif Hussain yang menjadi penjaga haramain wilayah Othmaniah selama ini mengistiharkan dirinya sebagai Khalifah.
Salah satu mata rantai awal pemberontakan ini sendiri, adalah Amir di Najd waktu itu, Abdullah Ibn Sa'ud, berhasil ditangkap dan akhirnya dipancung di depan istana Topkapi, di Istanbul, setelah diadili dan dinyatakan sebagai seorang zindiq, pada 1818.

Pada 13 Oktober dan 5 Disember tahun 1924, Abdul Aziz bin Saud telah menawan Kota Mekah dan Madinah. Jeddah di awal tahun 1925. Pada tahun 1925 juga, di bulan Desember, Ibn Sa`ud menyatakan diri sebagai Raja Hijaz, dan pada awal Januari 1926 ia menjadi Raja Hijaz dan Sultan Najd dan daerah-daerah bawahannya. Untuk pertama kali , empat wilayah penting di Jazirah Arabia, yaitu Najd, Hijaz, `Asir, dan Hasa, kembali berada di tangan kekuasaan suku Saud. Pada tahun 1932, Ibn Saud telah berhasil menyatukan apa yang sekarang dikenal sebagai Kerajaan Saudi Arabia.

Sebuah bank asing ditubuhkan di Jiddah pada tahun1926, tetapi kepentingannya sangat kecil. Bank-bank asing dan tempatan telah terbentuk apabilai pendapatan minyak mula meningkat. Perniagaan mereka mengandungi kebanyakannya membuat memberi pinjaman jangka pendek, membiayai import, dagangan perdagangan, dan syarikat-syarikat yang memenuhi keperluan jemaah-jemaah haji.


Meninggalkan Muamalat
Sejak awal, Pemerintahan Saudi Arabia, merupakan sekutu Barat (bermula dengan British, kemudian Amerika Syarikat), dan menjadi semakin erat dengan penemuan minyak pada tahun 1950-an. Beroperasinya perusahaan minyak raksasa (Aramco = Arabian-American Oil Company) dengan markas besarnya di Dahran, di tempat yang sama dengan Pangkalan Tentera AS (i 1946), di Hijaz, merupakan simbol dan sekaligus sumber kekuasaan Rejim Sa'ud sampai ketika ini. Semakin hari kita semakin kita ketahui Rejim Saud makin meninggalkan muamalat dan mendakap kapitalisme barat.

Raja Abdul Aziz bin Sa'ud, pengasas Saudi Arabia, berkuasa penuh mulai tahun 1926 sampai 1953. Pada mulanya, setelah memasuki Mekkah (8 Jumadil Ula 1343 H), beliau menolak wang kertas di wilayahnya, setelah memusnahkan wang kertas lira Turki sekular yang beredar di Haramain. Pada masa pemerintahannya, jamaah haji dari penjuru dunia menggunakan belbagai jenis koin emas dan perak dari negara masing-masing. Namun koin dinar Hashimi dan riyal perak Austria - Maria Theresa, juga riyal perak Hijaz yang paling popular di sana.

Maka, pada tahun 1950-an, adat kisah Raja Abdul Aziz yang selalu membawa harta kerajaan yang berupa koin emas-perak kemanapun dia pergi bagaikan orang kolot dan primitif. Namun setelah dia wafat, penggantinya, Raja Sa'ud bin Abdul Aziz (1953-1964), bersikap lain. Sejak ia berkuasa, dengan bantuan teknikal Amerika Syarikat pada tahun 1952 Arab Saudi Monetary Agency (SAMA) ditubuhkan dan menerbitkan wang kertas riyal pada tahun 1961 melalui Dekrit Kerajaan 1.7. 1379 H, dalam pecahan 1 - 100 riyal.

Raja tergiur menerbitkan wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin riyal perak. Idea wang kertas diambil dari usaha SAMA atas penerbitan wang kertas resit yang berjalan dalam percubaan (trial) pada musim haji sepanjang tahun 1953-1957. Dengan menerbitkan Haj Pilgrim Receipt dalam satuan riyal perak, SAMA mulai menarik semua jenis koin emas dan perak yang beredar di Haramain. Para jamaah haji dari luar negera pun diwajibkan menukarkan koin emas perak yang mereka bawa.


Lihat apa yang ditulis dibawah ... THE SAUDI ARABIAN MONETARY AGENCY HOLDS IN ITS VAULT TEN RIYAL AT THE DISPOSAL OF THE BEARER OF THIS FULLY NEGIOTABLE RECIEPT ....

Setelah populer, kupon haji itu pun kemudian dinyatakan tidak berlaku lagi sejak Oktober 1963 dan akhirya tanggal 20 Mac 1964, diganti dengan wang kertas riyal.


Masalahnya sejak saat itu, ONH atau BPIH (Biaya Perjalanan Ibadah Haji) wajib dibayar dalam wang kertas dolar AS, bukan dengan wang kertas riyal! Sebab Kerajaan Saudi Arabia telah menyepakati pula berlakunya perjanjian Bretton Wood (1944), yang menyatakan bahwa dolar AS adalah satu-satunya mata wang yang laku untuk transaksi internasional. Segala transaksi dengan koin dinar Hashimi dan riyal perak (1 riyal = 4 dirham), termasuk koin real Maria Theresa di batalkan oleh negara. Maka umat Islam sedunia berduka atas hilangnya mata uang syariah dinar dan dirham.


Genaplah sudah makna hadis dengan maksud berikut: "Tak seorang pun manusia yang tidak memakan riba" yang diriwayatkan oleh Abu Daud, semoga Allah merahmatinya. Dinar dan Dirham dihapuskan sampai dua kali, pertama 1914 oleh Sultan-sultan boneka sisa Daulah Utsmaniah(Turki), dan keduanya pada tahun 1964 oleh KSA tersebut di atas. Tapi para ulama belum dapat mengambil kesimpulan dari terbitnya wang kertas riyal ini, tentang status halal-haramnya wang kertas. Sampai, akhirnya, diterbitkan fatwa tentang wang kertas, pada tahun 1984, yang menyatakan bahwa wang kertas adalah halal.


Lahirlah Fatwa : "Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40)
Begitulah, sejarah Islam yang dapat kita ketahui, fatwa Saudi Arabia yang menghalalkan wang kertas, satu-satunya fatwa resmi dari suatu pemerintahan ("Islam") di dunia ini. Tetapi, kisah ringkas sejarah ekonomi politik Saudi Arabia sebagaimana diuraikan di atas, kiranya cukup menjelaskan mengapa Saudi Arabia menggunakan riyal kertas, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak.

Sumber: www.dinar2dirham.com