Kerajaan Perak lancar dinar emas dan dirham perak untuk simpanan dan pelaburan


Kerajaan Perak menempa sejarah apabila melancarkan
syiling dinar emas dan dirham perak sebagai instrumen
pelaburan dan simpanan pertama di dunia
yang menggunakan kandungan emas dan perak tulen.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,
berkata usaha memperkenalkan dinar emas dan dirham perak
di negeri ini bermula sejak 2005 lagi dengan kerjasama
Ketua Jabatan Kewangan, Ekonomi dan Pengurusan Sains
IIUM, Prof Ahamed Kameel Mydeen Meera.
“Saya mengadakan beberapa siri perbincangan dengan
 Prof Ahamed Kameel yang bertanggungjawab dalam
hal ini dan seterusnya membawa kepada detik bersejarah
 pelancaran dinar emas dan dirham perak yang
menggunakan kandungan emas 24K dan perak tulen.
“Kualiti dinar dan dirham yang kita lancarkan
 ini lebih baik daripada yang dihasilkan pada
zaman Khalifah Abd Malik Ibn Marwan
iaitu 1,357 tahun lalu yang hanya 97 peratus emas.
“Sebaliknya kerajaan Perak memperkenalkan dinar emas
dan dirham perak yang pertama di dunia menggunakan
kandungan emas 24K dan 99.9 peratus perak.
“Penting juga untuk diketahui umum bahawa dinar dan
dirham ini bukan bertujuan menggantikan mata wang atau
menjadi transaksi dalam urusan jual beli”, katanya
kepada pemberita selepas melancarkan dinar emas dan
dirham perak milik kerajaan Perak di Ipoh hari ini.


Projek itu dijayakan hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Pada majlis itu juga, Dr Zambry turut
melancarkan buku ‘The Real Money’ yang disunting oleh Prof Ahamed Kameel.
Sementara itu, Dr Zambry berkata, kerajaan negeri juga
yakin pengenalan dirham emas dan dirham perak mampu
menggalakkan perkembangan sektor baru seperti perkhidmatan
selain membuka peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan.
Jelasnya, permintaan untuk memiliki dinar emas dan
dirham perak ini diterima dari Brunei dan Singapura dan
sebagai permulaan, masing-masing 1,000 keping syiling dinar
emas dan dirham perak dikeluarkan dengan nilai RM3 juta.
Minat untuk memiliki emas sebagai pelaburan dan simpanan
juga katanya, menunjukkan sambutan yang semakin meningkat
baik dari kalangan umat Islam mahupun bukan Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Eksekutif GoldNet
International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin Mohamed Arif, berkata
dalam keadaan krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang, dinar emas
dan dirham perak adalah alternatif pilihan bagi mempelbagaikan pelaburan \
dan melindungi wang simpanan daripada inflasi.
Tambahnya, inflasi adalah satu fenomena ekonomi yang kerap berlaku dan emas
 pula boleh bertahan nilainya dengan baik pada jangka masa panjang.
“Oleh itu, emas merupakan satu benteng yang baik terhadap inflasi selain boleh
 digunakan sebagai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, penghargaan,
pengiktirafan prestasi serta mengikuti agama kerana ia
boleh digunakan untuk membayar zakat,” katanya.
Tambahnya, setiap pembelian dinar emas dan dirham perak ini akan
disumbangkan kepada tabung wakaf untuk dimanfaatkan oleh umat Islam
yang kurang berkemampuan.
Rais Hussin berkata, pembuatan dinar emas dan dirham perak berkualiti tinggi
 itu membabitkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar,
iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
“Dinar dan dirham Perak ini direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa
di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara
reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman
Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.
“Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara
dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak.,” katanya dan satu
dinar emas dijual pada harga RM690 manakala koleksi dirham dijual dengan RM260.
GoldNet juga katanya, melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd.
yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh
Malaysia termasuk luar negara.
“Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut
 kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut,” katanya.



lagi gambar-gambar....




Nota: Admin sebagai salah seorang anak Perak amat berbangga dengan 
perkembangan terbaru ini. Awek yang pegang dinar n dirham tu bole 
tahan jugak kan...hehehe. 
Tapi menda yang dipegangnya tu lagi menyusuk kalbuku. 
Jatuh hati pada dinar n dirham Perak.
OK..yang mahukan ilmu emas dan perak jangan segan-segan nak call admin. 
Talian sentiasa on 24 jam mcm 7-Eleven plak. 
Yang nak memiliki emas pun trus aje call admin...dapatkan harga yang menarik!
Lastly kepada yang berminat nak menjadi ejen Bijak Emas dan bergiat 
dengan bersungguh-sungguh dalam perniagaan emas Public Gold anda 
wajib hubungi admin dengan segera. 
Fast action, fast result. Jangan tunggu-tunggu...
sekian....