Mari kita sama-sama fahami isi kandungan artikel ini yang dihasilkan oleh salah seorang ejen Bijak Emas.
Dah lama benar tidak sempat up datekan blog ini.
Bila berada di
kejauhan (Jordon) terasa terpanggil untuk melihat blog. Dan semenjak
terlibat bersama pendokong emas dan dinar emas, mahu saya berkongsi
tentang emas:
Adakah harus membeli emas dan perak dengan cara ansuran
Berbagai pendapat fuqaha’ mengenainya.
Sebahagiannya
menganggap emas itu sebgai barang dan sebahagiannya menganggap
barangan. Berdasarkan itu berlaku perbezaan pendapat mengenainya.
Seperti berikut:
Tidak ada perbalahan fuqaha’ dalam perkara ini.,
kerana emas dan perak dianggap sebagai barang perniagaan, dan yang harus
menjualnya melalui “murabahah” (mengambil untung) dan secara ansuran,
kerana ia adalah galian yang telah digabungkan dengan hasil tangan
tukang bentuk kerana bentuknya berlaku dengan seni tempa atau seni
tangan. Adapun yang diharamkan ditujukan kepada jual emas dan perak
asal (yang belum ditempa), maka disana ada perbezaan pendapat fuqaha’
yang disandarkan kepada hadis dhaif yang mengharamkan jualan bentuk ini
secara ansuran.
Adakah harus jual emas secara ansur, atau
ia mistilah dengan jual tunai, sedangkan sebagaimana diketahui keperluan
kepada perkara ini sangat mendesak. Contoh seseorang hendak membeli
barangan emas, dan ia telah membuat persafahaman dengan tuan emas supaya
pembeli akan memberikannya sebahagian bayaran secara segera dan baki
yang lain secara bertempoh.Minta penyelesaian.
Sebahagiannya menjawab:
Maka
jual emas dengan bayaran ansur berselisih pendapat fuqaha’ padanya,
Sebahagian nya berpendapat tidak harus jual emas dengan bayaran ansur,
bahkan mistilah dengan serahan segera, kerana menganggap emas adalah
nilai duit. Berbeza sebahagian fuqaha’ yang lain yang berpendapat
mengharuskan bayaran ansur, kerana emas sekarang bukanlah sebagai duit,
tetapi telah bertukar kepada barang, sedangkan “hukum beredar bersama
sebabnya pada wujud dan tiadanya”.
Dan yang awlanya (elokny) jangan terus kepada jual secara ansur melainkan ketika memerlukan.
Berkata Dr. Mahmud ‘Ukam pensyarah Syariah di Suria:
Harus
jual Emas denga harga ansur, berdasarkan ia adalah barang, terutama
bila ia dibentuk atau perhiasan. Sesungguhnya perkara ini telah
diharuskan oleh bilangan yang tidak sedikit dari fuqaha’ sebagaimana
yang disebut kan oleh pengarang “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul
Muqtasid”
Dan berkata Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi penyusun
“Mausu’ah Fiqhiyyah negara Kuwait: Emas dan perak tidak harus dijual
keduanya dengan duit atau seumpama keduanya daripada emas dan perak
melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan,
kerana menjual kedua-duanya namanya “saraf” dan syarat sahnya saraf
ialah “Serah dalam majlis”
Berkata Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulamak Saudi:
Jumhur
ahli ilmu lama dan baru berpendapat kepada melarang perkara tersebut,
mereka mensyaratkan padanya apa yang disyaratkan pada duit emas dan
perak iaitu serah dalam majlis akad, maka tidak boleh beli denga
bertempoh dau ditangguhkan “beransur”
Dan sebahagian fuqaha’
berpendapat kepada mengharuskannya. Mereka menganggap perhiasan emas dan
perak terkeluar dari ketegori duit, dan asal duit kepada ketegori
barang, dan seterusnya, maka harus menjual dan membelinya dengan
bertempoh dan dengan kard kredit. Dan pendapat pertama adalah lebih
menyeluruh.
Dan berkata Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi ketua Qism Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar:
Tidak
harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan
bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah, kerana itu berkata
fuqaha’: “Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh
dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, yang demikian kerana
hadis yang sohih yang menunjukkan wajib segera pada menjual emas dan
perak. Rasulullah s.a.w bersabda:
( لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد(
“Jangan
kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara
tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya
sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”
Dr Ali Jum’ah
mufti Repablik Mesir berpendapat: Adapun Emas dan perak yang dibentuk,
maka ia terkeluar dari menjadi harga(pengantara untuk penukaran) dan
ternafi darinya sebab tunai, yang mewajibkan pada keduanya syarat tunai
dan serah, dan yang membawa kesan pengharaman jual bertempoh. Maka ia
menjadi seperti barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai
dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi “bahawa hukum itu ada bersama
sebabnhya pada ada dan tiadanya”. Inilah juga pendapat imam Ibn Taimiyah
dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak
dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang
hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainyua.
Berkata
Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in: “Perhiasan yang
diharuskan menjadi hasil cipta yang diharuskan seperti jenis baju dan
barang, bukan dari jenis harga, kerana itu tidak diwajibkan padanya
zakat, maka tidak berlaku riba diantaranya dan antara harga, sebagaimana
tidak berlaku riba antara harga dengan barang-barang yang lain,
sekalipun ia dari bukan sejenisnya. Maka sesungguhnya bentuk ini
terkeluar dari maksud harga dan disediakan untuk diperdagangkan, maka
tidak dilarang menjualnya dengan sejenisnya.
Berdasarkan apa yang
telah lalu, maka sesungguhnya tidak ada tegahan syarak menjual Emas yang
telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh. Adapun emas
yang tidak dibentuk, maka ia diatas asal tegahan kerana sebab riba.
Soalan:Seorang
perempuan hendak membeli emas secara ansuran kerana tidak cukup bajet,
lalu beliau meminta dari penjual emas menjualkan kepadanya secara ansur,
lalu ia menimbang dan menyebutkan harganya. Berkata tukang emas kepada
perempuan tersebut: “saya akan menjualkannya kepada kamu dengan harga
ini dan dan memberi pembayaran secara ansuran,dan aku tidak akan
menambahkan harganya walaupun naik harga gram emas”, lalu perempuan
tersebut berkata kepadanya: “Aku membeli mengikut harga ini, dan aku
tidak menuntut darimu mengurangkan harga bila jatuh harga gram emas,
lalu kedua-duanya sepakat menetapkan harga semasa itu. Apakah hukum
jualan ini?
Adakah harus membeli emas dengan cara ansuran ini.
Jawab:
Tidak harus menjual emas secara ansur, melainkan sekiranya emas sebagai imbalan kepada barangan.
Ditanya syeikh Uthaimin r.h tentang hukum beli emas secara ansur. Maka jawabnya r.h: “Beli emas secara ansur ada dua jenis:
Pertama:
Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka
apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka
mistilah diserahkan lima ribu rial terdsebut dalam majlis akad, dan
tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang
jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah
kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”
Kedua:
Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum,
seperti seorang berkata: “Aku beli darmu emas ini dengan seratus gantang
gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, keran jual
disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh
Berdasarkan
ini kita nyatakan: “Apabila dijual emas dengan emas maka mistilah
dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum
berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham
secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum
berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa
menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.
Kesimpulannya1-
Saya cenderung kepada jual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan
tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang
misti dilakukan secara tunai. Kerana jual beli emas dalam praktik kita
disini sebagai barangan, bukannya sebagai harga.2- Oleh kerana
menganggap jongkong emas, dinar dan perhiasan sebagai barangan, maka
mengunci harga yang diperaktikkan oleh penjual dan pembeli emas,
dianggap jual tempah. beli hari ini, emas ditempah dari pulau pinang
atau kelantan memakan masa.3- Dari segi keselamatan terdedah kepada
bahaya sekiranya urus niaga emas dilakukan secara tunai tangan ke tangan
sekiranhya jumlah yang besar.Contohnya tentulah tidak selamat urusan
jual beli emas di ladang sawit, di estat dan sebagainya.Ini juga
dikukuhkan dengan kaedah situasi mempengaruhi hukum.4- Pun demikian seelok-eloknya diusahakan supaya jual beli emas secara tunai dan tidak bertangguh. Syeikhul maqari
Hj. Othman bin Hamzah
Ingin beli emas hubungi 0192903165/0126669362