Berita Harian Online | Kos haji tahun ini kekal RM9,980

Tabung Haji kata kekal tapi jika kita menggunakan dinar untuk pergi haji, tambang haji akan turun. Tahun 2000 untuk pergi haji perlukan 68 dinar, tahun lepas cuma 20 dinar, tahun 2010? 17 Dinar sahaja!  Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menyimpan dinar untuk pergi mengerjakan haji. Mulakan simpanan sekarang. Dapatkan dinar anda daripada Bijak Emas.



Klik link dibawah untuk berita lanjut,

Berita Harian Online | Kos haji tahun ini kekal RM9,980

Kos haji tahun ini kekal RM9,980


2010/08/03

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memutuskan kos menunaikan haji untuk tahun ini kekal pada RM9,980 seorang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Katanya, Tabung Haji sentiasa memantau peningkatan kos membabitkan ibadah itu bagi memastikan tambang haji kekal relevan dengan pasaran dan tidak membebankan jemaah haji. Beliau berkata, walaupun kuota haji bagi Malaysia pada tahun ini kekal 26,000 jemaah, kerajaan sedang berbincang dengan Kerajaan Arab Saudi bagi menambah kuota pada tahun depan. “Kos (menunaikan haji) masih kekal pada tangga yang biasa. Cuma kita melihat pasaran sedang berkembang dengan kos peningkatan dan sebagainya.“Justeru, ini akan dinilai dan dilihat Tabung Haji dengan lebih terperinci bagi memastikan ia relevan antara harga sekarang dan akan datang.“Selain itu, kita harapkan usaha kita (untuk menambah kuota) akan diperkenan (Kerajaan Arab Saudi),” katanya selepas merasmikan majlis penjenamaan semula dan pelancaran logo Theta Edge Berhad di Lembaga Tabung Haji di sini, semalam.


Tambang haji dinaikkan pada musim tahun haji lalu kepada RM9,980 bagi Semenanjung, Sabah (RM10,110) dan Sarawak (RM10,065) ekoran peningkatan kos operasi berbanding RM8,973 bagi Semenanjung, RM9,054 bagi Sabah dan Sarawak (RM9,096) pada 2008.


Sementara itu, Jamil Khir berkata, kerajaan masih lagi menunggu persetujuan majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri berhubung cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama. Katanya, perkenan semua Sultan dan Majlis Raja-Raja diperlukan sebelum undang-undang itu dilaksanakan.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status terkini cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama yang turut membabitkan Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.


Pada Jun tahun lalu, Majlis Raja-Raja menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bercanggah dengan hukum syarak. Pada 22 April tahun lalu, Kabinet memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin, walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.


Keputusan itu dibuat sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama. Sementara itu, ketika merasmikan program pemimpin bersama rakyat bagi Zon 4, Parlimen Setiawangsa di sini, Jamil Khir berkata, pendekatan bagi menahan mereka yang tidak berpuasa pada Ramadan ini adalah tertakluk kepada negeri.Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan cek sumbangan yang berjumlah RM223,000 bagi program pengimarahan masjid dan surau bagi 1431H untuk zon berkenaan.




-simpan dahulu, senang kemudian-