Ulasan tentang Dinar & Dirham daripada Exco Hj Husam Musa



Bijak Emas
-simpan dahulu, senang kemudian-

Call 0192238096 untuk miliki emas anda hari ini

Team Member - SABAH/SARAWAK

SABAH

EJEN-EJEN DIPERLUKAN - KLIK SINI

SARAWAK

EJEN-EJEN DIPERLUKAN - KLIK SINI

Team Member - JOHOR

EJEN-EJEN DIPERLUKAN - KLIK SINI





En Muhammad Azmi Karim
M: +60133449507 | +6597168062
E: mazmi76@yahoo.com
Area Johor Bahru | Singapura

Pn Nur Haryati Abdul Hadi
M: +60137598179
E: diya_diyana85@yahoo.com
Area Batu Pahat, Muar
En Mohd Nazim Abdul Rahman (A1644)
M: +60122635758
E: nazim@utem.edu.my | nazimr76@gmail.com 
W: http://pengejaremas.blogspot.com

Area Muar, Bt Pahat
Maybank : 104059000310
PBB : 4709618705

Team Member - KELANTAN/TERENGGANU/PAHANG

KELANTAN

EJEN-EJEN DIPERLUKAN - KLIK SINI
Dr Atiki Falparado Ahmad
M: +60124763512
E: aatiki@yahoo.com
Kota Bahru | Wakaf Baru



TERENGGANU

EJEN-EJEN DIPERLUKAN - KLIK SINI

PAHANG

EJEN-EJEN DIPERLUKAN - KLIK SINI




En Ameer Mahfooz Sezali (A1452)


M: +60194715880
E: broncool86@yahoo.com
Area Kuantan, Pekan, Gombak


Bank Islam Hanya Tawar Khidmat Penyimpanan Dinar Emas, Mata Wang Dirham


Bank Islam Hanya Tawar Khidmat Penyimpanan Dinar Emas, Mata Wang Dirham

August 18, 2010 by: inspirasiemas
Kelantan 1 DirhamKelantan 1 Dinar (4.25g)
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Bank Islam Malaysia Bhd, menerusi unitnya, Farihan Corp, hanya menawarkan perkhidmatan penyimpanan mata wang dinar emas/dirham di premis Ar-Rahnu di Kota Baharu dan Pasir Puteh.
Kelantan 1 DirhamKelantan 1 Dinar (4.25g)Dalam satu kenyataan di sini Selasa, bank itu berkata gadaian mata wang dinar/dirham juga diterima daripada pemilik mata wang dinar-dirham, sama ada daripada Kelantan Golden Trade Sdn Bhd atau orang ramai.
“Pada masa ini, bank tidak menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas atau mengedar mata wang dinar/dirham dalam mana-mana bentuk transaksi,” katanya.
Bank itu berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa bank itu bersetuju menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam transaksinya.
Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini melancarkan siling dinar emas dan dirham perak bernilai RM2 juta, kepada orang ramai untuk digunakan sebagai mata wang akternatif di 1,000 kedai di negeri itu.
sumber berita: BERNAMA
sumber gambar: nubex
Dikongsi oleh Inspirasi Emas

Berita Harian Online | Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat

Berita Harian Online | Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.

Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.

Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan Kelantan melancarkan dinar dan dirham yang akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata berdasarkan kajian, penggunaan dinar dan dirham dalam urusan perniagaan di negeri ini tidak bercanggah dengan peraturan ditetapkan BNM.
"Kajian sudah dilakukan dan ia tidak bercanggah, kita ikut laluan yang betul dan kalau ada apa-apa kita boleh runding, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Mata Wang Syariah, Dinar dan Dirham Kelantan di sini, semalam. Pada majlis itu, Nik Aziz turut menyampaikan sijil dan pelekat kepada rangkaian peniaga negeri ini yang bersedia menerima dinar dan dirham sebagai medium jual beli.

Sebagai simbolik perasmian, Nik Aziz turut menyerahkan pembayaran gaji pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mustafa Salleh, menggunakan dinar.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, turut mengesahkan pengeluaran mata wang di luar bidang kuasa kerajaan negeri, malah tindakan kerajaan PAS Kelantan itu tidak praktikal dan tidak kena pada caranya.

Koleksi Terbaru Bijak Emas


Salam sejahtera kepada semua pembaca dan peminat emas di laman Bijak Emas. Hari ini 2 Ramadhan 1431H bermakna sudah 2 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Ketika artikel ini dihasilkan harga emas dunia berada di paras USD1201/oz, WOW! Nampaknya telah berlaku peningkatan harga emas setelah berada di paras USD1185-USD1195 bulan lalu. Tapi masih tidak terlambat untuk anda memulakan simpanan emas anda kerana emas menjamin dan melindungi kekayaan anda. Dapatkan segera daripada ejen-ejen Bijak Emas.

8 x 1 dirham
Tujuan posting saya pada hari ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua satu lagi logam yang telah dijadikan  sebagai matawang sejak dari dulu lagi iaitu PERAK. Gambar di atas ini adalah koleksi dirham saya yang baru sahaja ditukarkan dengan wang fiat saya.

1 dirham ini dijual dengan harga RM20.00. Kepada yang berminat untuk memilikinya bolehlah menghubungi saya. Dirham ini juga saya akan gunakan sebagai duit raya untuk sedara-mara yang dekat nanti.




Akhir kata, selain mengumpul emas sebagai simpanan, anda juga amat digalakkan menyimpan perak untuk masa depan. Jika ada yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan jongkong perak Public Silver. Jongkong ini boleh didapati dalam 2 berat iaitu 500g dan 1 kilogram. Sila rujuk harga semasa disebelah kiri laman Bijak Emas atau di laman sesawang Public Gold.










-simpan dahulu, senang kemudian-

Kelantan Launches Dinar & Dirham

This article is from www.dinarkel.com


KELANTAN LAUNCHES DINAR & DIRHAM ON 12TH AUGUST 2010

This is the first time in the last 100 years, since the fall of the Ottoman Caliphate, when a Muslim government introduces Shariah Currency.  Indeed there has been four generations of Muslims who have not seen Gold Dinar and Silver Dirham; four generations of Muslims who have been divided into little national reservations and sentenced to permanent robbery first by local, then by international Masters of Riba; four generations of Muslims who haven’t known what is their Deen.  The introduction of Gold Dinar and Silver Dirham in the state of Kelantan is not a new idea or experiment, it is the return to the medium of exchange that has been known for 1400 years throughout Dar al-Islam as Money of Shariah taking its legislation from Allah’s Revelation and Rasul’s Sunnah.

Dinar & Dirham




Hubungi Admin untuk mendapatkan dinar anda sekarang.

Berita Harian Online | Kos haji tahun ini kekal RM9,980

Tabung Haji kata kekal tapi jika kita menggunakan dinar untuk pergi haji, tambang haji akan turun. Tahun 2000 untuk pergi haji perlukan 68 dinar, tahun lepas cuma 20 dinar, tahun 2010? 17 Dinar sahaja!  Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menyimpan dinar untuk pergi mengerjakan haji. Mulakan simpanan sekarang. Dapatkan dinar anda daripada Bijak Emas.



Klik link dibawah untuk berita lanjut,

Berita Harian Online | Kos haji tahun ini kekal RM9,980

Kos haji tahun ini kekal RM9,980


2010/08/03

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memutuskan kos menunaikan haji untuk tahun ini kekal pada RM9,980 seorang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Katanya, Tabung Haji sentiasa memantau peningkatan kos membabitkan ibadah itu bagi memastikan tambang haji kekal relevan dengan pasaran dan tidak membebankan jemaah haji. Beliau berkata, walaupun kuota haji bagi Malaysia pada tahun ini kekal 26,000 jemaah, kerajaan sedang berbincang dengan Kerajaan Arab Saudi bagi menambah kuota pada tahun depan. “Kos (menunaikan haji) masih kekal pada tangga yang biasa. Cuma kita melihat pasaran sedang berkembang dengan kos peningkatan dan sebagainya.“Justeru, ini akan dinilai dan dilihat Tabung Haji dengan lebih terperinci bagi memastikan ia relevan antara harga sekarang dan akan datang.“Selain itu, kita harapkan usaha kita (untuk menambah kuota) akan diperkenan (Kerajaan Arab Saudi),” katanya selepas merasmikan majlis penjenamaan semula dan pelancaran logo Theta Edge Berhad di Lembaga Tabung Haji di sini, semalam.


Tambang haji dinaikkan pada musim tahun haji lalu kepada RM9,980 bagi Semenanjung, Sabah (RM10,110) dan Sarawak (RM10,065) ekoran peningkatan kos operasi berbanding RM8,973 bagi Semenanjung, RM9,054 bagi Sabah dan Sarawak (RM9,096) pada 2008.


Sementara itu, Jamil Khir berkata, kerajaan masih lagi menunggu persetujuan majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri berhubung cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama. Katanya, perkenan semua Sultan dan Majlis Raja-Raja diperlukan sebelum undang-undang itu dilaksanakan.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status terkini cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama yang turut membabitkan Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.


Pada Jun tahun lalu, Majlis Raja-Raja menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bercanggah dengan hukum syarak. Pada 22 April tahun lalu, Kabinet memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin, walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.


Keputusan itu dibuat sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama. Sementara itu, ketika merasmikan program pemimpin bersama rakyat bagi Zon 4, Parlimen Setiawangsa di sini, Jamil Khir berkata, pendekatan bagi menahan mereka yang tidak berpuasa pada Ramadan ini adalah tertakluk kepada negeri.Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan cek sumbangan yang berjumlah RM223,000 bagi program pengimarahan masjid dan surau bagi 1431H untuk zon berkenaan.




-simpan dahulu, senang kemudian-