Setelah Mencapai Rekod Dunia

Carta Harga Emas 6-8 July 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda si bijaksana....

Semua sudah maklum bahawa harga emas telah mencapai harga tertinggi iaitu USD1265/oz pada bulan lepas. Setelah berlegar-legar di sekitar harga tersebut, sejak 2-3 hari lepas harga emas mula menunjukkan penurunan sehingga harga terendah iaitu USD1186/oz. Ketika artikel ini dihasilkan harga emas berlegar pada USD 1190/oz.
Ramai di antara pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan emas yang membeli ketika harga tinggi mengatakan sedikit kekecewaan kerana mereka menganggap mereka telah kerugian. Tetapi lebih ramai orang-orang yang saya kenali menyatakan kegembiraan mereka kerana inilah masanya mereka akan membeli emas dengan lebih banyak. Dengan kata lain BORONG!!!! Tahniah kepada yang berjaya memborong emas semasa harga emas berlegar sekitar USD1188 semalam, kelmarin dan hari ini. 

Bagi saya pula, saya menganggap penurunan harga emas ini sebagai satu peluang untuk menambah simpanan emas saya dengan lebih banyak kerana saya tahu selepas ini emas akan mencanak-canak naik dan saya telah pun menambah stok emas saya termasuk "merempit emas" untuk memaksimumkan pembelian emas saya. 

Mengambil daripada kata-kata En Shahrul Shahidan, "emas semakin menjunam namun lihat ia sbg satu peluang bukan satu yg merugikan..." di dalam Facebook beliau, saya ingin mengajak anda semua melihatnya sebagai satu PELUANG! Yang membeli pada minggu-minggu lepas, jangan bersedih, harga emas bukan ditentukan oleh saya atau Public Gold atau kerajaan Malaysia. Ianya ditentukan oleh pasaran antarabangsa yang sentiasa berubah-ubah. Kenaikan harga emas adalah pasti! Kepada yang telah membeli sekali lagi saya ucapkan tahniah, emas di tangan anda, kita akan melihat kenaikan harga emas dengan lebih tinggi lagi. Jika duit anda cukup, tambahlah stok anda disaat harga sedang rendah.   

Hubungi saya segera untuk memiliki emas pertama anda.


Admin Bijak Emas
-simpan dahulu, senang kemudian-

4 ulasan:

  1. hehe...masuk gak nama aku dalam blog ko nie...TQ sebab secara tak langsung ko mempromosi nama aku gak... anyway memang bijak emas... Jom tambah stok emas sementara harga murag nie... Dapatkan emas dari agen yang berdekatan dengan anda...

    BalasPadam
  2. tolong menolong antara sesama dealer :)

    BalasPadam
  3. saya pun baru jek amik 20g dan 50g...macam nak tambah lg.tp tgu nak simpan kat bank..

    BalasPadam
  4. guna laa teknik multiply hehehe teknik ar rahnu, dpt duit beli lagi, ulang selagi boleh. pastu bulan2 bayar le semcm bayar ansuran. :)

    BalasPadam