Lombong Emas - Grasberg di Indonesia

Nak tahu apa itu lombong emas? Di sini saya kongsikan sebuah lombong emas antara terbesar di dunia. Lombong jenis ini adalah jenis terbuka. Enjoy!




Admin Bijak Emas

Bijak Emas didalam KOSMO

Kepada yang terlepas membaca artikel di dalam akhbar KOSMO. Untuk artikel sebenar sila ke KOSMO

(Artikel yang ditambah oleh Admin berwarna merah)
Lebih mahal disimpan lama
Oleh AQMAR ALLADAD aqmar.alladad@kosmo.com.my

DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas. Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting. Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga. Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka. "Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik. "Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan. Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan. Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi. Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan. Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan. "Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.

Dari kiri: Jutawan Emas, banner, Bijak Emas
KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli. Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah. Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg). "Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia. "Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya. Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu. Konsep kekayaan Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan. "Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman. "Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.
Fithrie Tajalie

Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi. Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan. "Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya. "Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya. Kepada yang ingin memiliki emas Public Gold atau menjadi ejen Public Gold dibawah rangkaian Bijak Emas, bolehlah menghubungi 0192238096 atau mana-mana ejen Bijak Emas seperti yang terdapat di laman Bijak Emas.

Mahar untuk perkahwinan
EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit. Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit. Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan. Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh. Mas kahwin Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama. Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka. Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan. "Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat. "Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa). NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.

Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas. Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh. "Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Nota: Gambar ditambah mengikut citarasa Admin

Public Gold in TV1

Temubual Bizmalaysia dengan En Louis Ng, Pengerusi Public Gold. Seperti yang dikatakan oleh En Ng, "U beli emas, u dapat emas", anda sendiri yang menyimpannya. Sebab apa? Sebab emas yang anda beli itu milik mutlak anda, jadi mengapa perlu suruh orang lain menyimpannya. Justeru itu, dapatkan emas anda daripada kami di Bijak Emas sekarang. Ejen-ejen kami sedia membantu anda.

 

Admin Bijak Emas
-simpan dahulu senang kemudian-

Public Gold in AC Sempoi!

Ini membuktikan produk yang kami jual adalah tulen dan kami bukannya syarikat yang menawarkan skit pelaburan emas malah kami menjual beli emas. So jadilah lebih bijak, jom mula simpan emas! Hubungi saya atau ejen-ejen saya untuk mendapatkan emas anda.

 



Admin Bijak Emas
-simpan dahulu, senang kemudian-

Seminar Pelaburan Emas/ Gold Investment Seminar - FREE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda yang bijaksana,

Di sini saya ingin mewar-warkan seminar Rahsia Kelebihan Emas dan Peluang Peniagaan Emas bersama Public Gold yang akan dikendalikan oleh En Syukor Hashim, admin www.jutawanemas.com

Berikut adalah senarai sesi seminar bagi bulan Julai ini.

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold (KL)
Tarikh: 18 Julai 2010 – Ahad
Tempat: Public Gold office, Bandar Sunway
KL Branch
Public Fine Gold International Sdn Bhd
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03-5634 8999
Fax: 03-5634 1916

GPS Coordinate: 3.076184, 101.611170
Masa: 10 pagi – 11.30 pagi
Bayaran: FREE

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold (JB)
Tarikh: 27 Julai 2010 – Selasa
Tempat: Hotel Seri Malaysia, JB
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Bayaran: FREE

Kepada yang berkesempatan dan mempunyai masa, dijemput hadir ke sesi seminar ini. Banyak rahsia-rahsia emas akan dibongkar. Jadikan diri anda lebih bijak. Call atau SMS saya untuk menempah tempat kerana ianya terhad.
Terima kasih atas sokongan anda. Jom simpan emas. Jadikan emas salah satu asset masa depan anda.

Admin Bijak Emas
-simpan dahulu, senang kemudian-

Bengkok,Tercalar Dan Keluar Dari Plastik! - daripada http://bullion-and-dinar.blogspot.com


[Ingin berkongsi cerita best daripada rakan saya en Rifki dari http://bullion-and-dinar.blogspot.com]

Emas.
Adalah lumrah alam bagi sesiapa yang memilikinya untuk:-
  • Memegangnya
  • Merasainya
  • Menciumnya (ini yang saya lakukan =))
  • Dan lain-lain.
Tetapi malangnya,jika anda mempunyai koleksi:-
PAMP ,Kijang Emas atau mana-mana emas fizikal lain.
(2 Contoh Emas Fizikal yang popular di Malaysia)

Jangan harap akan anda dapat merasai untuk melakukan perbuatan tersebut kalau anda tidak kisah dengan kerugian!

Perbandingan Emas Fizikal Di Malaysia:-Sini

KERANA:-

PAMP dibuat oleh siapa? 
PAMP dan bukannya Poh Kong /Kedai Emas lain.

Kijang Emas dibuat oleh siapa?
The Royal Mint Of Malaysia dan bukannya Maybank

Oleh sebab itulah,koleksi PAMP dan Kijang Emas anda tidak boleh :-
  • Bengkok
  • Calar
  • Keluar dari Plastik


KENAPA? 

Kerana 1 PAMP suisse atau Kijang Emas anda itu dijual/dibeli lebih dari 5 customer.

Oleh itu mereka harus terima kembali PAMP atau Kijang Emas anda dalam bentuk sempurna apabila buyback dan tidak semua Kijang Emas semasa dibeli akan bersama bekas biru,sesetengahnya hanya berikan Kijang Emas itu seadanya tanpa bekas/cover.

Beli-beli sahaja dah risiko!!

Kijang Emas dengan bekasnya/cover

Kijang Emas dengan tanpa bekasnya/cover

RISIKO!!!!

PAMP suisse dalam bekas birunya
PAMP suisse yang sudah dibuka.


RISIKO!!!!



Sedikit ilustrasi untuk kesenangan anda:-

 klik untuk besarkan.



Fenomena ini tidak akan terjadi dengan Emas Public Fine Gold.
Kami menerimanya kembali walaupun bengkok,calar dan dikeluarkan dari plastik!
Kelebihan Public Fine Gold:- Sini



Disclaimer: Admin telah meminta izin penulis untuk menyiarkan artikel ini

Setelah Mencapai Rekod Dunia

Carta Harga Emas 6-8 July 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda si bijaksana....

Semua sudah maklum bahawa harga emas telah mencapai harga tertinggi iaitu USD1265/oz pada bulan lepas. Setelah berlegar-legar di sekitar harga tersebut, sejak 2-3 hari lepas harga emas mula menunjukkan penurunan sehingga harga terendah iaitu USD1186/oz. Ketika artikel ini dihasilkan harga emas berlegar pada USD 1190/oz.
Ramai di antara pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan emas yang membeli ketika harga tinggi mengatakan sedikit kekecewaan kerana mereka menganggap mereka telah kerugian. Tetapi lebih ramai orang-orang yang saya kenali menyatakan kegembiraan mereka kerana inilah masanya mereka akan membeli emas dengan lebih banyak. Dengan kata lain BORONG!!!! Tahniah kepada yang berjaya memborong emas semasa harga emas berlegar sekitar USD1188 semalam, kelmarin dan hari ini. 

Bagi saya pula, saya menganggap penurunan harga emas ini sebagai satu peluang untuk menambah simpanan emas saya dengan lebih banyak kerana saya tahu selepas ini emas akan mencanak-canak naik dan saya telah pun menambah stok emas saya termasuk "merempit emas" untuk memaksimumkan pembelian emas saya. 

Mengambil daripada kata-kata En Shahrul Shahidan, "emas semakin menjunam namun lihat ia sbg satu peluang bukan satu yg merugikan..." di dalam Facebook beliau, saya ingin mengajak anda semua melihatnya sebagai satu PELUANG! Yang membeli pada minggu-minggu lepas, jangan bersedih, harga emas bukan ditentukan oleh saya atau Public Gold atau kerajaan Malaysia. Ianya ditentukan oleh pasaran antarabangsa yang sentiasa berubah-ubah. Kenaikan harga emas adalah pasti! Kepada yang telah membeli sekali lagi saya ucapkan tahniah, emas di tangan anda, kita akan melihat kenaikan harga emas dengan lebih tinggi lagi. Jika duit anda cukup, tambahlah stok anda disaat harga sedang rendah.   

Hubungi saya segera untuk memiliki emas pertama anda.


Admin Bijak Emas
-simpan dahulu, senang kemudian-

4D3N Bali Go! Go! Gold!!!

BIJAK EMAS MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG IAITU 

Name: Yatiman Bin Kamsidin
Dealer code: A0792
Introducer: Mohd Faeez B. Mazlan



Salam kepada anda yang bijaksana,
New promotion from Public Gold....




Prizes
Winner: 4D3N Bali Trip
  • The trip is included flight ticket for 2 persons, accommodation & RM 500 cash.
Introducer: Introducer is entitled to get 2 pieces of 1 Dinar if his / her dealers win the prize.
           Note:
  1. The trip is valid from 1st September 2010 till 31st August 2011.
  2. Departure date can be chosen by the winner (off peak season).
  3. Depart from Kuala Lumpur.

Terms and conditions
1.   Open for all NEW dealers signed up in July 2010 only (a full set of gold around RM 40,000 – according to market gold price).
2.   Drawing number is according to the Dealer’s Code.
3.   Drawing date will be on 10th August 2010.
4.   Sales can be accumulated.
5.   Not transferable or convertible to cash.
6.   The winner will be notifying by our Business Development Executive and the name will be posted in Public Gold website.
7.   Any decision is subject to management approval.


Why become Public Gold agent?
1) Commission/Discount 1.5% on the gold purchase from Public Gold
2) Buy Back 5%-6% below market price
3) Capital Gain from Increase of Gold Price
4) Speculation on  Gold Price (Buy Low Sell High)
5) Sharing commission between agents
6) Special class for agent (FREE)


Jom simpan emas,
Bijak emas simpan dahulu, senang kemudian