Pengalaman merempit EMAS

Salam sejahtera kepada anda si bijak EMAS,
Apakah yang terbaru? Hmm...EMAS ditutup tinggi pada minggu ini. Mungkin disebabkan isu ekonomi Greece dan latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Iran. Untuk makluman, harga emas ditutup pada USD1157.50/oz, melonjak USD16.20..peningkatan yang mendadak diakhir penutupan. Jadi, apakah yang akan terjadi pada minggu hadapan? Adakah ia terus melonjak? Sama-sama kita tunggu dan lihat tapi kepada yang sudah cukup wang untuk menyimpan emas, mulakan sekarang, kalau tidak menyesal nanti.

Oh lupa pula tujuan asal artikel ini. Saya ingin menceritakan kepada anda semua pengalaman saya pergi memajak emas ataupun dengan bahasa lain "merempit". Destinasi rempitan saya kali ini ialah di Ar-rahnu Kojuta, Tmn Permata, Hulu Klang.

Saya pun pergilah ke sana dengan membawa jongkong emas saya yang seberat 50g. Apabila sampai tiada pelanggan lain, jadi tak perlulah saya menunggu lama. Tengok kat dinding, harga hari ini (22/4/2010) bagi 24k ialah RM138/g. Canteeekkk!

"Cik, saya hendak memajak jongkong ini boleh?", tanya aku kat kakitangan di situ. "Boleh" dia menjawab dengan senyuman manis. "Sebentar ya, kami check dulu", sambungnya lagi. (Dalam hati) Yessss...boleh! Bank Rakyat tak nak, ramai lagi yang nak. Setelah proses menguji ketulenan dijalankan, maka keputusannya seperti gambar di bawah.
Cunnn...."saya hendak pinjam RM4000 aje lah, boleh?" tanya aku. "Boleh", jawab pegawai tersebut. Upah untuk 6 bulan RM309.65. Syarat lebih kurang sama dengan Bank Rakyat. Jika tidak berkesempatan menebus setelah 6 bulan, boleh sambung lagi 4 bulan tetapi perlu diselesaikan dahulu upah simpan sebelum itu. Selepas tempoh 4 bulan berlalu, ar-rahnu KOJUTA memberi lagi 2 bulan sambungan. Berapakah pengiraan upahnya? Jika cagaran anda kurang daripada RM2000, upah simpan ialah RM0.65 bagi setiap RM100 nilai marhun emas anda dan jika lebih RM2000, upah simpan ialah RM0.75 bagi setiap RM100 nilai marhun emas. OK la tuh..

Kemudian, saya diperlukan untuk mengisi borang kerana pertama kali memajak di situ. Yuran proses sebanyak RM1.00 dikenakan.




Borang Ar-Rahnu KOJUTA (Koperasi Juruukur Tanah)







Akhir sekali, beliau menyerahkan wang bernilai RM4000 kepada aku....(boleh buat pusingan modal) yesss...bila dapat duit macam nih kalau anda, apa yang akan anda lakukan? beli handphone? sport rim kereta? belanja makan? beli motor? JANGAN!!! Duit tu anda buat modal untuk membeli EMAS lagi supaya jumlah simpanan emas anda bertambah. Tapi kalau ada tujuan lain terpulanglah, jangan lupa tebus balik emas anda sudah laa...


















Dengan menambah simpanan emas anda, anda seperti membayar emas anda itu secara ansuran tiap-tiap bulan di ar-rahnu, setelah tamat tempoh 6 bulan, emas yang ditebus ditambah dengan emas yang telah anda beli hasil duit memajak telah berganda!!! Jadi dapatkan EMAS Public Gold yang terbukti tulen & disahkan oleh independent assayer daripada team bijak EMAS. Hubungi sekarang, jangan tunggu-tunggu..harga emas sedang mendaki tinggi....tq



-Anda bijak EMAS, simpan dahulu, senang kemudian-


9 ulasan:

  1. Bijak....bijak....jom simpan emas..

    BalasPadam
  2. ok dah boleh...
    bijak..bijak...inilah yg dikatakan peluang...tapi apa kata dimasukkan sekali dengan kaedah pengiraan...detailkan lagi supaya org lain dapat buat pengiraan...dan hang dah tanya tak..kalau kita load dari dia dia ada masukkan nama kita dalam rekod ctris tak?

    BalasPadam
  3. kaedah pengiraan akan disusuli. nak habaq cara pajak dulu...maaf ccris tak plak tanya. nanti saya buat siasatan, bagaimana dgn KPMNJ??

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..
    menarik perkongsian bijak emas..
    kita share dengan semua orang supaya ramai akan peroleh manfaat..
    Jom Sedar Emas.
    http://sedaremas.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. i like this artikel..ramai yg tanye dan kurang faham macamane nak merempit emas ni..

    BalasPadam
  6. slm bro,

    maksimun, brapa ribu boleh keluarkan sehari? dia ada mintak ic?

    BalasPadam
  7. mcmama kaedah merempit?kalau simpan jer cukup setahun,dapat tak 30% seperti yang dijelaskan oleh para dealer...

    BalasPadam
  8. simpan aje. setahun dlm 25% lebih. avg 5 thn lepas 150%, 10thn lepas 350%

    BalasPadam