Pengalaman merempit EMAS

Salam sejahtera kepada anda si bijak EMAS,
Apakah yang terbaru? Hmm...EMAS ditutup tinggi pada minggu ini. Mungkin disebabkan isu ekonomi Greece dan latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Iran. Untuk makluman, harga emas ditutup pada USD1157.50/oz, melonjak USD16.20..peningkatan yang mendadak diakhir penutupan. Jadi, apakah yang akan terjadi pada minggu hadapan? Adakah ia terus melonjak? Sama-sama kita tunggu dan lihat tapi kepada yang sudah cukup wang untuk menyimpan emas, mulakan sekarang, kalau tidak menyesal nanti.

Oh lupa pula tujuan asal artikel ini. Saya ingin menceritakan kepada anda semua pengalaman saya pergi memajak emas ataupun dengan bahasa lain "merempit". Destinasi rempitan saya kali ini ialah di Ar-rahnu Kojuta, Tmn Permata, Hulu Klang.

Saya pun pergilah ke sana dengan membawa jongkong emas saya yang seberat 50g. Apabila sampai tiada pelanggan lain, jadi tak perlulah saya menunggu lama. Tengok kat dinding, harga hari ini (22/4/2010) bagi 24k ialah RM138/g. Canteeekkk!

"Cik, saya hendak memajak jongkong ini boleh?", tanya aku kat kakitangan di situ. "Boleh" dia menjawab dengan senyuman manis. "Sebentar ya, kami check dulu", sambungnya lagi. (Dalam hati) Yessss...boleh! Bank Rakyat tak nak, ramai lagi yang nak. Setelah proses menguji ketulenan dijalankan, maka keputusannya seperti gambar di bawah.
Cunnn...."saya hendak pinjam RM4000 aje lah, boleh?" tanya aku. "Boleh", jawab pegawai tersebut. Upah untuk 6 bulan RM309.65. Syarat lebih kurang sama dengan Bank Rakyat. Jika tidak berkesempatan menebus setelah 6 bulan, boleh sambung lagi 4 bulan tetapi perlu diselesaikan dahulu upah simpan sebelum itu. Selepas tempoh 4 bulan berlalu, ar-rahnu KOJUTA memberi lagi 2 bulan sambungan. Berapakah pengiraan upahnya? Jika cagaran anda kurang daripada RM2000, upah simpan ialah RM0.65 bagi setiap RM100 nilai marhun emas anda dan jika lebih RM2000, upah simpan ialah RM0.75 bagi setiap RM100 nilai marhun emas. OK la tuh..

Kemudian, saya diperlukan untuk mengisi borang kerana pertama kali memajak di situ. Yuran proses sebanyak RM1.00 dikenakan.




Borang Ar-Rahnu KOJUTA (Koperasi Juruukur Tanah)







Akhir sekali, beliau menyerahkan wang bernilai RM4000 kepada aku....(boleh buat pusingan modal) yesss...bila dapat duit macam nih kalau anda, apa yang akan anda lakukan? beli handphone? sport rim kereta? belanja makan? beli motor? JANGAN!!! Duit tu anda buat modal untuk membeli EMAS lagi supaya jumlah simpanan emas anda bertambah. Tapi kalau ada tujuan lain terpulanglah, jangan lupa tebus balik emas anda sudah laa...


















Dengan menambah simpanan emas anda, anda seperti membayar emas anda itu secara ansuran tiap-tiap bulan di ar-rahnu, setelah tamat tempoh 6 bulan, emas yang ditebus ditambah dengan emas yang telah anda beli hasil duit memajak telah berganda!!! Jadi dapatkan EMAS Public Gold yang terbukti tulen & disahkan oleh independent assayer daripada team bijak EMAS. Hubungi sekarang, jangan tunggu-tunggu..harga emas sedang mendaki tinggi....tq



-Anda bijak EMAS, simpan dahulu, senang kemudian-


Gold Charts by Year 2000-2009

Perhatikan graf pada 2000 harga emas pada USD260-USD300/oz, sedangkan tahun lepas 2009 harga emas berada pada tahap tertinggi USD1200/oz. Kenaikan lebih kurang 360%. Berapa dividen yang anda dapat dalam masa 10 tahun lalu dengan ASB??? Bertindak sekarang, mulakan menyimpan EMAS. Hunbungi kami untuk mengetahui rahsia & cara untuk menyimpan EMAS.



Pelaburan EMAS @ Skim Pelaburan EMAS?

Ditulis pada 19 February 2010 – 3:30 pm | by syukor |


Say NO! To Skim Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya :)
Baiklah, kali ini saya akan bercerita berkenaan skim pelaburan emas yang dikatakan telah menipu sehingga RM25 juta. Saya juga akan berkongsi maklumat dengan anda semua bagaimana mengelakkan diri dari terjebak dengan skim-skim pelaburan emas. Selain itu saya akan terangkan bagaimana membuat pelaburan emas dengan cara yang paling betul, selamat dan menguntungkan.

Cerita skim cepat kaya menggunakan emas.

Pada 8/2/2010 – 9/2/2010 Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah melaporkan kejadian 60 pelabur kerugian sehingga RM25 juta akibat melabur di dalam skim pelaburan emas.


Bernama news: Skim pelaburan Emas

Laporan Bernama berkenaan penipuan skim pelaburan emas.

Memang menyedihkan apabila membaca berita seumpama ini. Ini bukanlah kali pertama penipuan seperti ini berlaku. Kalau anda baca artikel saya yang terdahulu anda dapati dari tahun lepas lagi syarikat-syarikat yang menawarkan skim-skim pelaburan emas telah menipu atau diserbu oleh BNM.

Ramai pelabur yang rugi.
Pelaburan emas sememangnya merupakan pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan. Tetapi anda kena tahu cara membuat pelaburan emas yang betul. Kalau tersalah langkah, anda boleh terjebak di dalam skim pelaburan emas.

Senyum VS Duka

Pelaburan emas yang betul maka anda akan tersenyum sebab untung.
Kalau masuk skim pelaburan emas alamatnyer pening kepala ler…

Membuat pelaburan dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas adalah cara yang paling tak selamat, paling tak teguh dan sangat tidak meyakinkan. Tak boleh tidur lena lah jawabnya. Saya pernah menulis banyak artikel berkenaan pelaburan emas, skim pelaburan emas dan juga skim cepat kaya. Saya juga membuat analisis kenapa pelabur skim pelaburan emas boleh mengalami kerugian yang banyak.

Anda boleh membaca artikel-artikel tersebut disini:

1. Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya
2. Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas
3. Kajian kes Etika Emas – kenapa pelabur mengalami kerugian?
Kenapa orang masih memilih skim pelaburan emas?

Walaupun skim pelaburan emas telah menipu pelabur sejak Januari 2009, namun masih ramai yang masih terjebak dengan skim pelaburan emas.

Persoalannya mengapa?
Hasil kajian dan temubual saya dengan mangsa-mangsa skim pelaburan, jawapan mereka adalah:

1. Tamak – nak untung cepat
2. Tiada pengetahuan mengenai pelaburan emas
3. Mudah percaya kata-kata dan janji-janji manis penganjur skim.

Jadi, disini saya ingin memberikan panduan bagaimana mengelakkan skim-skim seperti ini.

1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi
(gunakan harga emas Public Gold www.publicgold.com.my sebagai benchmark)
3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat
untuk didagangkan.
4. Elakkan melabur sekiranya emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu
diserahkan kepada syarikat
5. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat unsur-unsur bonus tajaan,
bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
6. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen
seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
7. Elakkan melabur jika anda perlu menyerahkan emas sekarang dan menunggu
beberapa hari untuk mendapat semula duit anda (bagi kes jualan semula).
Bagaimanakah cara membuat pelaburan emas yang sebenar?

Pelaburan emas yang sebenar ialah dengan cara membeli emas-emas pelaburan samada jongkong, syiling atau akaun simpanan emas bank. Contohnya syiling Kijang Emas, syiling emas UOB Bank, jongkong emas Public Gold, dinar emas Public Gold dan dinar emas Kelantan.

Anda tak perlukan janji-janji pulangan setiap bulan. Bila harga naik, anda boleh jual emas tersebut untuk mendapat keuntungan. Jika anda mahir, anda boleh menggunakan teknik-teknik manipulasi emas yang betul.
Ini membolehkan anda menjana lebih banyak keuntungan daripada emas anda. Semua ini anda boleh pelajari dengan membaca semua artikel terdahulu di dalam blog ini (klik sini).

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
Selain itu, cara termudah dan terpantas mendapat ilmu emas ialah dengan membeli ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”.

Anda tak perlu menghabiskan masa berhari-hari untuk membaca keseluruhan artikel di dalam blog jutawanemas nie. Harganya RM80 sahaja. Anda boleh membaca mengenai ebook saya kat sini (klik sini) .
Ia disusun dengan teliti agar memudahkan anda mudah memahami pelaburan emas dengan pantas.
Anda boleh praktikkan terus tips-tips pelaburan emas yang diceritakan di dalam ebook ini.
InsyaAllah pulangan yang diperolehi adalah berkali-kali ganda daripada modal anda membeli ebook ini.
Macammana kalau saya nak pulangan cepat? Andaikata anda nak pulangan cepat daripada pelaburan emas, anda kena buat pelaburan emas + berniaga emas + buat teknik-teknik manipulasi emas.

Ilmu-ilmu ini saya boleh ajarkan kepada anda :)

Confirm memberikan pulangan dengan cepat dan selamat.

Jadi, kalau anda berminat untuk mengetahui peluang perniagaan emas, saya sarankan anda membaca artikel saya mengenai peluang perniagaan emas bersama public gold.

Jika anda menjadi agen di bawah network jutawanemas.com maka anda akan mendapat banyak kelebihan. Antaranya saya akan berikan material untuk memulakan business emas ini dan saya akan membimbing anda menjadi pelabur + usahawan emas yang berjaya.

Nama agen-agen Public Gold juga akan diletakkan di dalam blog ini (klik sini). Jadi anda dapat publisiti free lagi :)

Bacaan: Peluang perniagaan emas Public Gold (klik sini)
Bagaimana mengelakkan dari terjerumus ke dalam skim cepat kaya?
Selain daripada skim pelaburan emas, terdapat beribu-ribu lagi jenis skim pelaburan atau skim cepat kaya diluar sana. Anda perlu pandai mengenalpasti ciri-ciri skim ini bagi mengelakkan wang dan harta anda terlebur. Di dalam realiti, anda mesti pernah berjumpa dengan orang-orang yang terlibat dengan skim cepat kaya. Betul tak? Saya sendiri pernah berjumpa orang yang kehilangan RM80k (duit personal loan) yang dilaburkan di dalam skim pelaburan internet dan forex dan seorang yang lain kehilangan RM100k ++ hasil duit jualan tanah kerana dilaburkan kedalam skim cepat kaya.

Memang malang. Tanpa ilmu yang betul, ramai lagi yang akan menjadi mangsa.

Buku Scam Buster
Untuk mendapat maklumat mengenai skim cepat kaya, saya cadangkan anda menbaca buku karangan Azizi Ali MBA ChFC yang bertajuk “SCAM Buster – How to protect yourself from scams, get rich quick schemes and other unwordly investments.

Harga buku ini ialah RM29.90 dan boleh dibeli di kedai-kedai buku.

Di dalam buku ini banyak diterangkan tentang sejarah skim penipuan, skim Ponzi, piramid dan banyak pelaburan yang menipu. Pembaca juga diajar bagaimana mengenalpasti skim-skim ini serta bagaimana melindungi diri anda daripada terjebak dengan penipuan-penipuan. Azizi Ali memberikan contoh skim pelaburan internet Swisscash, Pak Man Telo, skim hadiah percuma, Nigerian 419, e-mail scam dan banyak lagi. Saya recommend anda untuk baca buku ini. Ini kerana penipuan yang berlaku diluar sana adalah terlalu banyak. Bukan setakat skim pelaburan emas, tetapi banyak lagi skim-skim pelaburan yang mencari mangsa. Dengan ilmu yang betul maka akan sukar bagi kita untuk ditipu.

Kesimpulan:
1. Mulai hari ini, kita elakkan skim pelaburan emas dan skim-skim cepat kaya.
2. Pelaburan emas yang betul adalah selamat, teguh dan lumayan.
3. Kalau nak untung cepat anda kena jadi pelabur + berniaga emas di bawah
network jutawanemas. Saya akan membimbing anda.
4. Kalau nak ilmu emas dengan cepat, baca semua artikel bog jutawanemas
dan beli ebook saya (klik sini).
5. Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com. Ianya PERCUMA.
Cuma masukkan e-mail anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas :)

Nota: Terima kasih En Syukor Hashim atas penerangan ini. Jadilah orang bijak, mulalah menyimpan EMAS. Hubungi team bijak EMAS. Bijak dahulu, bijak sekarang, simpan dulu, senang kemudian. Ciao!

Seminar untuk Agen Public Gold 18-04-2010

Salam sejahtera,

Sebentara tadi baru balik daripada menghadiri seminar untuk ejen-ejen Public Gold. Banyak yang diceritakan oleh En Syukor tadi. Input-input terbaru juga diperolehi.

En Louis Ng pun hadir pada hari ini. Saya pun mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau. Nasihat dan tunjuk ajar yang berguna.

Kepada yang masih belum memperolehi EMAS, bolehkan menghubungi kami di Bijak EMAS. Ketahuilah yang EMAS merupakan penyimpan kekayaan yang sebenar. Dapatkan sebelum harga melambung tinggi. Bak kata Dr Umar Vadillo yang merupakan pengasas World Islamic Trade Organisation, "Simpanlah EMAS sebelum ianya terlambat".











Ar-Rahnu



Salam,
semalam saya jalan-jalan kat Tmn Permata, KL (dekat Tmn Melawati), tetiba ternampak sebuah kedai menjalankan kegiatan ar-rahnu…iaitu ar-rahnu Kojuta. So saya masuk dan bertanya adakah mereka menerima EMAS daripada Public Gold..dan…….mereka mengatakan 'YA, kami menerima Public Gold untuk digadaikan'…hehehe..apa lagi excited sgt saya ucapkan terima kasih sampai lupa tanya syarat-syarat selanjutnya…so kalu sesapa agen2 @ pelanggan anda yang hendak merempit EMAS bolehlah lakukan di Ar-Rahnu Kojuta di Taman Permata.

Melawat Peti Besi Di AgroBank HQ, KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudahkah anda menyimpan EMAS?? Kepada yang sudah menyimpan Team BijakEMAS mengucapkan tahniah dan yang masih ragu-ragu, diharap web ini dapat membuka minda anda dan menyedarkan anda tentang kelebihan menyimpan EMAS fizikal ini.

Pada hari Khamis lepas, saya telah ke Cawangan Utama Agro Bank di Kuala Lumpur untuk mengemaskini stok EMAS yang saya simpan. Sambil itu bertanya kepada pegawai bank tentang perkhidmatan yang disediakan Agro Bank untuk peti simpanan deposit ini. Menurut pegawai tersebut, sewa termurah yang terdapat di situ adalah berjumlah RM25/tahun dan yang paling mahal RM55/tahun. Ianya amatlah murah. Cuma kini yang tinggal yang bersaiz kecil sahaja, muat untuk menyimpan EMAS yang anda miliki. Deposit juga hanyalah RM80. Kepada yang berminat untuk menyewa peti simpanan di Agro Bank, bolehlah ke sana. Dokumen yang diperlukan ialah kad pengenalan sahaja. Anda perlu mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa didalam peti besi tersebut...