Kenaikan gaji ~4% aje setahun???

Selamat sejahtera,
Saya baru balik daripada mendengar seminar peniagaan emas yang disampaikan oleh En Syukor Hashim, seorang yang tersohor dlm pelaburan emas di Malaysia melalui laman web beliau, www.jutawanemas.com. Banyak info yang diperolehi pada malam tadi. Antaranya apakah keistimewaan emas, bercakap tentang peluang menjadi agen kepada Public Gold dan lain-lain lagi. Insyallah di masa hadapan terdapat banyak lagi seminar sebegini akan diadakan dan di seluruh Malaysia. Diharap anda semua akan mempunyai masa terluang untuk datang ke seminar-seminar pelaburan emas berikutnya.

gambar daripada GOLDEMAS RESOURCES
Berkenaan tajuk di atas, antara perkara yang dibangkitkan ialah berkenaan pembayaran gaji bulanan kita sebagai pekerja yang berdedikasi. Bayangkan jika gaji bulanan anda dibayar dalam bentuk dinar, bukankah itu lebih elok dan TERBAIK?

Sekiranya seorang eksekutif dibayar sebulan sebanyak 5 dinar [as at 3/9/2010 9:25AM 5 dinar=RM2949] maka tidak akan timbul masalah para pekerja meminta kenaikan gaji yang hanya secara purata antara 2%-4% sahaja dalam setahun. Dengan pendapatan sebulan sebanyak 5 dinar secara automatik anda mendapat kenaikan gaji yang tinggi setiap tahun. Jika dalam bentuk wang kertas??? Dah la kenaikan kecil, nilai wang itu juga dimamah INFLASI.

Ini kerana kenaikan emas secara purata pula lebih kurang 25%-27% malahan tahun 2009 kenaikan sebanyak ~30%. Ini bermakna nilai dinar iaitu gaji yang dibayar kepada kita akan meningkat sebanyak 25%, lebih banyak daripada kenaikan gaji 2%-4% yang selalunya diberi oleh syarikat tempat anda bekerja setiap tahun.

Inilah salah satu kelebihan emas selain kelebihan-kelebihan lain yang terdapat dalam emas terutama bila digunakan sebagai matawang. Kepada yang berkenan untuk menyimpan emas ataupun ingin berkongsi ilmu, bolehlah menghubungi saya di talian 0192238096.

*Kepada majikan-majikan yang membaca artikel ini, admin berharap minda anda terbuka dan mana tahu anda boleh mengaplikasikan kaedah pembayaran gaji para pekerja anda dalam bentuk dinar. Hubungi saya untuk mendapatkan dinar emas Public Dinar.




-simpan dahulu, senang kemudian-