Analisis Harga Emas Hujung Minggu oleh PokYa

Terima kasih diucapkan kepada PokYa yang berkesempatan menulis artikel tentang analisa harga EMAS pada kali ini. Harap para pembaca mendapat pengetahuan atas ilmu yang dikongsi bersama. Berikut adalah artikel beliau....


Beberapa minggu kebelakangan ini kita lihat harga emas berhenti pada aras yang boleh dikategorikan sebagai rendah pada setiap hujung minggu. Antara USD1100/oz - USD1110/oz. Ini membolehkan para pelabur yang tidak berkesempatan untuk memantau pergerakan harga pada hari bekerja untuk menambah stok dengan selesa.

Buat masa ini, USD1100/oz adalah support yang kuat. Agak sukar untuk kita lihat harga menuruni dari aras tersebut kecuali pada akhir Februari lepas. Harga ini bukanlah yang terendah kerana pada hari bekerja adakalanya harga boleh menurun sehingga aras USD1100/oz sedangkan pada hujung minggu ini hanya pada USD1107/oz. Namun, ini merupakan 'entry point' yang sudah cukup selesa bagi para pelabur emas berbanding pergerakan harga pada hari bekerja yang bergerak sekitar USD1100/oz - USD11 30/oz yang mana aras tertinggi pernah mencecah USD1145/oz.

Melabur emas memang amat menguntungkan jika bijak menganalisis pergerakannya. Walaupun kenaikan harga terendah ke harga tertinggi hanya USD45/oz atau 4.09%, namun sudah cukup untuk membuktikan pergerakan yang agresif bagi emas. Pelabur hanya perlu menunggu kenaikan lagi 2% untuk balik modal dan 3% untuk mengaut keuntungan.

Diharap kita sama-sama dapat mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk menjana keuntungan hasil pergerakan harga emas ini.

Nak beli emas, cari saya & Fithrie.
Nak jual emas, cari saya & Fithrie
Nak belajar ilmu emas, cari saya & Fithrie.
Insya Allah, kami cuba bantu yang terbaik.

pokya@putremas
Admin www.putremas.com

Sila lihat kolum Aurum Fren untuk membeli emas dgn ajen yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.